Pinjaman Perumahan: Fahami Sebelum Anda Dizalimi

Pinjaman Perumahan: Fahami Sebelum Anda Dizalimi

Salah satu perkara yang penting semasa pembelian rumah ialah semasa membuat permohonan pinjaman perumahan.

Ramai yang memandang enteng perkara ini. Ada juga yang cakap dengan saya, “Tak pe lah, En. Najib. Asalkan dapat loan.”

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Soalan-soalan seperti ini juga selalu ditanya kepada saya…

  • Bank mana yang tawarkan pakej pinjaman yang menarik?
  • Nak ambil islamik atau konvensional?
  • Bagaimana dengan kadar faedah oleh pihak bank?

Susah nak jawab sebenarnya soalan tersebut. Sebenarnya ianya bergantung kepada matlamat pelabur dan kekuatan profil kewangan mereka. Tetapi, atikel ini, saya menerangkan secara asas tetapi paling penting untuk pinjaman perumahan.

Sesuatu pinjaman yang kita buat akan kekal untuk beberapa tahun. Jika silap pilih, kita mungkin mengalami banyak kerugian.

MEMILIH PINJAMAN PERUMAHAN

Selepas membayar yuran tempahan (booking) dan menandatangani Borang Tawaran Pembelian (Offer To Purchase), maka tugas seterusnya ialah memohon pinjaman perumahan. Jadi apa yang perlu kita buat?

  1. Sediakan Profil Kewangan anda. Tak tahu bagaimana? Ikuti artikel ini –> Tips Memohon Pinjaman Cara Luar Biasa
  2. Lihat dan bandingkan pakej dan kadar faedah yang ditawarkan oleh setiap bank berdasarkan harga rumah dan kekuatan kewangan kita
  3. Buat permohanan ke beberapa bank yang anda telah pilih. Hantar ke tiga bank atau lebih.
  4. Memantau status pinjaman anda dengan pegawai bank.
  5. DILULUSKAN? Dapatkan  Surat Tawaran atau Letter Offer daripada bank. Jangan terus turunkan tandatangan. Tunggu untuk permohonan dari bank yang lain.
  6. Buat perbandingan pakej yang ditawarkan dan pilih yang terbaik mengikut objektif kita.
  7. BACA dan FAHAM kesemua terma dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh bank
  8. Antara termanya ialah jika kes terlambat bayar (default payment), selesai hutang dalam tempoh “lock in period” (biasanya 3-5 tahun pertama).
  9. Periksa dengan bank adakah perlu mengambil insurans sepanjang tempoh pinjaman.
  10. Adakah sekadar tempoh minimum atau tidak perlu insurans. Bergantung kepada objektif kita.
  11. Jangan sign surat tawaran selagi kita tidak FAHAM semua perkara ini

TERMA PENTING DALAM PINJAMAN PERUMAHAN

#1 – Jenis Pinjaman: Flexi atau Term Loan

  • Flexi (pinjaman disertakan sekali dengan akaun semasa)
    • Kadar pembayaran faedah boleh berubah jika terdapat lebihan wang dalam akaun semasa.
    • Boleh bayar lebih untuk mengurangkan baki prinsipal dan sekali gus mengurangkan tempoh pinjaman
    • Boleh mengeluarkan duit dalam akaun semasa tersebut apabila diperlukan
  • Term Loan
    • Pinjaman yang dibayar dengan jumlah yang tetap setiap bulan untuk keseluruhan tempoh pinjaman

#2 – Jenis Pengiraan Faedah: Daily interest atau monthly interest

  • Daily interest – interest dikira setiap hari dan lebihan bayaran akan digunakan untuk mengurangkan prinsipal.
  • Monthly interest dikira setiap bulan dan jika ada lebihan bayaran, ia akan dibawa ke bulan hadapan

#3 – Lock in period

Satu tempoh yang diberikan oleh bank di mana jika kita menyelesaikan pinjaman sebelum tempoh tersebut kita akan dikenakan penalti.

Biasanya dalam tempoh 3-5 tahun pertama pinjaman. Penalti yang dikenakan dalam kadar 3%-5% dari baki pinjaman.

#4 – Kadar faedah

Sudah tentu memilih bank yang mampu memberi kadar faedah terendah menjadi pilihan semua orang. Sebagai contoh, pinjaman perumahan sebanyak RM 400,000 untuk tempoh 30 tahun, perbezaan kadar faedah 4.2% dan 4.3%, walaupun bezanya hanya 0.1%, tetapi nilainya adalah melebihi RM4,000 dan ia memberikan impak yang besar dalam keseluruhan nilai pinjaman anda. Oleh itu, rajin-rajin lah membuat survey.

Sumber: Infographic imoney.my

Faedah Pinjaman Perumahan

#5 –  Capping
Capping adalah nilai maksimum interest bank boleh dinaikkan jika berlaku kenaikan. Loan islamik biasanya mempunyai capping rate sehingga 10%.

#6 – Margin pinjaman
Selalunya untuk rumah pertama dan kedua, bank akan memberikan margin pinjaman sebanyak 90% daripada harga belian hartanah. Untuk rumah ketiga, 70% margin pinjaman. Jadi, sesiapa yang sudah mempunyai 2 buah rumah atas nama sendiri walaupun joint loan bersama isteri, maka rumah seterusnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak modal.

#6 – Islamik atau kovensional

Sebagai umat islam, saya lebih menyukai pinjaman islamik walaupun ada orang cakap tidak beberapa islamik. Terpulang pada diri anda. Tetapi, sekarang ini, banyak bank di Malaysia mengeluarkan pakej-pakej pinjaman islamik yang kompetetif.

#7 – Tempoh Pinjaman

Merupakan faktor yang penting kepada pembeli muda ataupun yang sudah berusia. Tempoh pinjaman akan bergantung kepada umur pembeli. Ada bank yang memberikan sehingga 45 tahun untuk pembeli yang muda. Makin singkat tempoh pinjaman, maka lebih tinggi bayaran bulanan.

Kesimpulan

Serba sedikit yang perlu anda tahu mengenai pinjaman perumahan. Walaupun ia nampak mudah, tetapi ia membabitkan wang ringgit dan mengambil separuh usia anda untuk melangsaikannya.

Buat pilihan yang terbaik, untuk pinjaman hartanah kediaman anda walaupun hartanah pelaburan. Jangan beria-ia meminta diskaun atau rebat untuk yuran guaman, kos perunding hartanah, tetapi tidak kepada pinjaman perumahan.

Sebenarnya anda boleh berunding dengan pegawai bank untuk menawarkan kepada anda pakej pinjaman perumahan yang menarik. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sign surat tawaran selagi kita tidak FAHAM semua perkara di atas.

***

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

3 Comments

  1. shahzedi 08/10/2015
  2. Mus 08/10/2015
  3. Buat Duit Lumayan 30/05/2017

Leave a Reply