Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?
PROPERTY BOOSTER: MRT - LRT

PROPERTY BOOSTER: MRT - LRT

Sekarang ini saya lihat banyak developer menggunakan MRT – LRT sebagai USP untuk menjual projek-projek mereka. Walaupun ada di antaranya, bukan sedekat yang diwar-warkan.

Ingat, jangan pula beli dekat dengan landasan, beli yang dekat dengan stesen.

Jadi, jika nak beli ‘property’, baik pergi ke ‘site’ dan tengok kawasan betul-betul serta ‘double confirm’ dengan Prasarana Malaysia Bhd tentang stesen-stesen yang bakal dibina, dan bila operasinya.

Ada kes yang kawan saya alami, beli property undercon, sudah dapat kunci, diwar-warkan dekat line MRT. Apa yang terjadi, stesen yang bakal dibina jauh, dan line MRT pun akan siap dan beroperasi pada tahun 2022 . Lama tu nak tunggu.

PERKEMBANGAN MRT – LRT 

Apa-apa pun update skit tentang progress MRT – LRT ini..

1) MRT Line 1 (Sg Buloh – Kajang): nampaknya macam OK progressnya. Akan mula beroperasi pada akhir tahun ini dan dianggarkan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2017.

2) LRT extension: Paling best! Akan dibuka sepenuhnya minggu ini 🙂

LRT Extension

3) MRT Line 2 (Sg Buloh – Putrajaya): Dengar cerita dari pihak-pihak yang dipercayai, pembinaan akan mula pada akhir tahun ini. Dijangka tiada kelewatan kerana orang yang terlibat dalam pembinaan ini lebih kurang sama dengan MRT Line 1, jadi ada pengalaman.

4) LRT 3 (Bandar Utama – Klang): akan start award tender dalam masa beberapa bulan terdekat.

Jadi, makin banyak Transit Oriented development (TOD). Ramai yang ingin membeli rumah berdekatan dengan stesen-stesen ini.

Makin banyak kawasan yang menerima impak boosters ini. Jadi, pastikan kawasan yang bakal anda beli, mempunyai booster lain juga supaya hartanah anda bernilai lebih tinggi.

Ada juga kemungkinan, hartanah sekarang yang hanya bergantung pada MRT – LRT sahaja, lama kelamaan akan menjadi suam, apabila ramai yang rela duduk jauh, pergi kerja menaiki LRT – MRT dan sudah pasti membeli hartanah dengan lebih murah kerana jauh dari pusat bandar.

Sama-sama kita fikirkan.

ps: Tak de duit, boleh beli rumah ke? Ketahui tipsnya di sini: –>http://goo.gl/z8xtBQ

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.