Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Sublet : Buat Duit Tepi Dengan Hartanah Tanpa Hartanah Sendiri

Sublet : Buat Duit Tepi Dengan Hartanah Tanpa Hartanah Sendiri

Sublet : Buat Duit Tepi Dengan Hartanah Tanpa Hartanah Sendiri

Apa macam dengan tajuk kali ini? Ada minat nak tahu lebih lanjut?

Baiklah, kali ini saya ingin memperkenalkan anda semua dengan satu strategi yang  best dan salah satu cabang pelaburan hartanah.

Saya pasti anda semua mengetahui bahawa untuk melabur dalam bidang hartanah memerlukan modal yang besar.Ya betul… tidak dinafikan kerana untuk memiliki sebuah rumah memerlukan modal yang besar.

Dan berita baiknya disini ialah anda mampu menjana pendapatan tanpa memiliki hartanah sekalipun.

Erk.. Bagaimana tu?

Buat SUBLET..

Apa itu SUBLET?

SUBLET ni bahasa mudahnya “sewa atas sewa”. Sewa rumah, naik taraf hartanah (renovasi dan lengkapkan perabot) kemudian sewakan semula rumah tersebut dengan nilai yang lebih tinggi.

Keuntungan yang dieperolehi adalah melalui penolakan semua kos yang terlibat (sewa, elektrik, air dan lain-lain).

Katakan sewaan dari pemilik rumah : RM 400/bulan

Sewakan semula kepada orang lain : RM 750/bulan

Keuntungan yang diperolehi adalah : RM 750-RM 400 = RM 350 /bulan

Menarik bukan?

Jika anda berminat untuk mendalami ilmu ini, boleh berkawan dengan rakan saya iaitu Fairuz Razak, seorang engineer dan telah berjinak-jinak dengan dunia sublet sejak 2012.

Beliau juga telah menyediakan satu ebook khas dan group khas untuk berkongsi dengan anda semua tentang strategi ini.

Ebook yang diberi tajuk “Real Case Study Bagaimana Saya Hasilkan “DUIT TEPI” RM2,803.73 SEBULAN Dari 4 HARTANAH di KL Dengan “MEMPERGUNAKAN” Hartanah Orang.”

Boleh download di sini –> http://ebook.rahsiasubletpremium.com/

Jangan lepaskan peluang untuk belajar tentang ilmu sublet ini.

Potensi SUBLET

Sebenarnya, bukan seorang dua yang menggunakan strategi ini untuk melabur dalam hartanah. Ramai anak-anak muda yang saya lihat gigih dan tekun mendalami dan mempraktikan strategi pelaburan ini.

Sublet adalah teknik mudah dalam pelaburan hartanah yang boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja.

Saya ada kenalan dan beliau masih lagi belajar di universiti. Beliau berjaya menjana pendapatan tambahan sebanyak 4 angka sebulan dengan sublet.

Ada juga yang telah rakan yang bekerja dan menjadi subleter sepenuh masa.

 

Selamat Belajar & Berjaya!

 

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.