“Saya orang berniaga En. Najib. Tiada payslip. Duit berniaga dapat, belanja dan kemudian ada lebih baru simpan bank. Boleh ke buat pinjaman nak beli rumah?”
Tiada payslip tidak mengapa. Berapa jumlah yang anda simpan? Simpan di mana? Sebenarnya, semua boleh buat pinjaman perumahan jika tahu caranya.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Rata-rata client yang berniaga sendiri dan mahu membeli rumah RM200,000, sudah pening. Boleh ke pinjaman mereka diluluskan? Sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang payslip atau penyata pendapatan seperti orang makan gaji.
Jangan khuatir, saya cuba terangkan secara terperinci di bawah ini…
Dokumen yang perlu ada untuk buat pinjaman beli rumah buat yang berniaga sendiri
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Jika Enterprise Borang E dan lampirannya
- Penyata akaun bank syarikat (Selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan/ semasa kita. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
- Berdaftar dengan LHDN. Sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran (jika menggunakan e-filing).
- CCRIS (Central Credit Reference Information System) dalam keadaan yang baik. Ambil slip CCRIS di Bank Negara.
- Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.
CCRIS yang teruk. Mustahil akan dapat buat pinjaman beli rumah. Kredit Gambar: Mr. Ky Tee
CCRIS yang cantik. Peratusan kelulusan tinggi. Kredit gambar: Mr. Ky Tee
Bagaimana bank lihat pendapatan orang yang berniaga sendiri?
Kita akan mengira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan. Sebab itu penggunaan akaun semasa amat digalakkan dan amat memudahkan, kerana penyata dikeluarkan secara bulanan. Tidak seperti akaun simpanan.
Satu nasihat saya, pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari. Maksudnya tidak kira, anda berniaga pasar malam ke, bisnes trading yang menggunakan wang tunai ke, pastikan dapat duit, bank in dalam akaun.
Jika anda ingin membuat pembayaran dalam transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in sahaja ke dalam akaun penerima. Mudah dan lebih selamat. Yang lebih penting, anda tahu di mana duit anda di belanjakan.
Di bawah ini contoh jumlah kredit dalam perniagaan anda…
Contoh Penyata (nilai dari TOTAL CREDIT)
Bulan 1 : RM55,000
Bulan 2 : RM63,000
Bulan 3 : RM49,000
Bulan 4 : RM52,000
Bulan 5 : RM58,000
Bulan 6 : RM60,00
Pendapatan purata perniagaan anda ialah lebih kurang RM56,000. (Jumlah kesemua pendapatan bulanan dan di bahagi dengan 6 bulan).
Bank akan lihat hanya 20% sahaja sebagai gaji pemilik. Yang selebihnya dianggap kos operasi atau stok.
Pendapatan bulanan : 20% x RM56,000 = RM11,200
Jadi, bank akan mengambil RM11,200 sebagai pendapatan bulanan dan dikira untuk kelayakan mendapat pinjaman.
Adakah saya layak buat pinjaman beli rumah?
Ianya bergantung kepada pendapatan, komitmen perbelanjaan dan displin anda sebagai peminjam (dapat tahu daripada CCRIS).
Bergantung pada bank untuk menetapkan tahap nisbah pendapatan dan komitment seseorang. Ada yang cuma 50%, ada yang 60% dan ada setinggi 70%.
Jadi, daripada pendapatan anda, jumlah komitmen peribadi anda yang dibenarkan oleh pihak bank ialah,
Jumlah komitmen yang dibenarkan : 60% x RM11,200 = RM6,720
Jika komitmen dengan bank seperti di bawah,
Contoh Komitmen
Kereta : RM1,500
Rumah : RM1,700
Jumlah komitmen : RM3,200
Jadi, Debt Burden Ratio/ Service (DBR/DSR)
DBR/ DSR : RM3,200/RM11,200 x 100% = 28%
Jika anda berhasrat untuk memiliki rumah untuk pelaburan yang bernilai RM400,000, tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah konservatif 5%, ansuran bulanan lebih kurang RM1,900.
Ini bermakna DBR/DSR baru anda ialah
DBR/ DSR baru : (RM3,200 + RM1,900)/ RM11,200 X 100% = 46%
Peratusan untuk lulus untuk pinjaman ini adalah tinggi.
Ramai perniaga kecil tidak isytiharkan pendapatan
Jadi apa pentingnya, dokumen Slip pengesahan penerimaan e-B dan bukti pembayaran? Memastikan pendapatan yang anda dapat sama seperti anda isytiharkan kepada LHDN. Ini alah seperti bukti yang kukuh menyokong pendapatan anda yang betul.
Jadi bagi sesiapa yang buat ‘wayang’ dalam akaun perniagaan supaya nampak banyak transaksi, anda boleh terperangkap di sini.
3 Faktor lazim usahawan Malaysia malas bayar cukai pendapatan.
- Mereka tidak tahu cara untuk membayar cukai.
- Tidak faham bagaimana menguruskan kewangan bagi mempermudahkan proses pengiraan cukai.
- Tidak mempunyai asas ilmu terhadap percukaian sewaktu memulakan bisnes.
Masalah pembayaran cukai ini sering berlaku pada pemilik bisnes Enterprise. Kenapa saya tulis ebook cukai?
Sebab ramai sangat peniaga yang saya jumpa hendak buat pinjaman tetapi tidak boleh. Kenapa?
Sebab mereka tidak isytiharkan pendapatan mereka kepada LHDN. Kenapa?
Sebab mereka tidak tahu dan takut kena bayar cukai banyak.
Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
info best!! terima kasih berkongsi
Sama-Sama.. Sila kongsikan pada yang lain 🙂
Salam tuan,sy berniaga hampir 5tahun secara kecilan, segalanye sy ikut prosedur spt ssm,declare harta dan sbgnye.tp pd tahun lepas sy cube membeli sebuah rumah berharga 300k++. Permohonan kemudian ditolak atas sebab perniagaan sy melalui online(sy ada 2 kedai pada waktu itu).jadi sy tak tau ape lg yg kurang,jumlah jualan tahunan sy melebihi 100-200k.
Salam Effy, dari apa yang diterangkan, tiada sebab untuk bank tolak permohonan pinjaman dengan hanya alasan perniagaan secara online. Pernah check CCRIS?
Maaf tuan,sy tak pasti mcm mana utk check ccris,minta tunjuk ajar.
Effy boleh ke Bank Negara untuk mengambil CCRIS. Hanya pergi ke mesin yang di sediakan, masukkan kad pengenalan dan pengesahan ibu jari, penyata CCRIS akan keluar.
ATAU
Secara online –> http://creditbureau.bnm.gov.my . Cari link ‘Download Form’. Kemudia, muat turun ‘Credit Report Request (CRR) Form’. Email kepada BNM dan dalam masa 3 – 5 hari bekerja, anda akan mendapat ‘username’ dan ‘password’ untuk log in.
ape efek CCRIS kpd pinjaman perumahan/peribadi? sy akan cube secara online utk check.
dan 1 soalan lg, adakah kalau kita declare harta dan membayar cukai yg tinggi akan memudahkan proses pinjaman bank?
Sangat memberi impak besar kepada kelulusan pinjaman. Jika ada pembayaran yang tertunggak, ada ‘special attention account’ dari pinjaman-pinjaman lain, kita akan dapat tahu daripada CCRIS.
Isytiharkan pendapatan mesti. Tapi kita tidak semestinya membayar cukai yang tinggi. Ilmu perancangan cukai amat penting apabila kita boleh menggunakan segala pelepasan, elaun dan rebat untuk mengurangkan cukai secara sah.
ok sy faham,sy ikut step by step,kalau ade kekurangan info sy tanya lg. terima kasih sbb mmberi ilmu. yg lain sy akan usahakan sendiri.insyaallah sy berjaya utk mendapatkn rumah sendiri
Tuan, boleh tahu apa yang boleh menyebabkan CCRIS kita x cantik?
Bayar lambat dalam beberapa hari boleh menyebabkan CCRIS kita x cantik ke?
atau tertanguh berbulan2?
adakan tertangguh bayar Loan ASB boleh menjadi punca?
Bil telco?
dan juga Insurans peribadi?
salam,
tuan sy bekerja dlm bidang pekapalan
dan tidak punyai payslip dan sy pernah bekerja di darat juga dan sy pernah meminta tlg akpk utk mengurangkan beban sy.hingga skg,soalannya layak ke sy membuat pinjaman perumahan sy melalui bank
Salam Wak, masih dalam AKPK lagi? Jika masih dalam program AKPK, tuan tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman dengan pihak bank sehingga hutang selesai. pekerjaan tidak mempunyai payslip dan juga berkerja di darat tidak mempunyai sebarang masalah jika kita pandai uruskan kewangan dan menggunakan akaun bank sebagai tempat transaksi wang kita.
terima kasih kerana berkongsi ilmu kewangan…dalam proses untuk buat akaun kira2..
Sama-sama, tuan. Wah, ada kalkulator Harga pasaran hartanah? Bagus ni 🙂
terbaik tuan..terima kasih beri ilmu baru
Sama-sama tuan MAzlan 🙂
Alhamdulillah, terima kasih atas panduan yang mahal ini Tuan!
Pernah bertanya kepada pihak bank sebelum ini dan mereka mencadangkan supaya membuka akaun semasa terlebih dahulu dan masukkan semua pendapatan dalam satu akaun semasa. Sama dengan apa yang tuan catatkan.
Sama-sama Tuan Ariffuddin. Ya, memamg benar. Saya amat sarankan semua orang tak kira makan gaji atau bisnes sendiri untuk membuka akaun semasa. Memudahkan untuk mengawasi transaksi bulanan.
Perkongsian terbaik utk semua.
Terima kasih Shahrizal. 🙂
As Salam tuan, tk byk di atas ilmu yg berguna dan boleh di manfaatkan. Syabas!
Terima kasih tuan Nizam.. Harap boleh sharing kepada rakan-rakan yang lain.
Alhamdulillah, thanx for the info. Byk tips best
Salam Tuan Najib.
Saya ingin bertanya tentang akaun semasa dimana saya mempunyai 2 akaun semasa iaitu akaun semasa peribadi dan juga akaun semasa perniagaan.Sebenarnya saya bercadang untuk menjalankan perniagaan cyber cafe dan sehingga hari ini saya masih belum menjalankan perniagaan tersebut.Ini kerana saya masih lagi bekerja sebagai pelaut.Saya juga tidak mempunyai payslip bulanan yang tetap kerana saya seorang frelancer yang bergaji harian (daily rate).Pendapatan harian saya sekitar RM1200 dan selalunya dalam setahun saya saya menjana pendapatan sekita RM200K++.Dan kesemua transaksi pembayaran gaji saya melalui akaun SIMPANAN .Saya juga ada membayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Oleh itu saya dapati agak susah untuk saya mendapat kelulusan pinjaman bank untuk membuat perjanjian sewa beli kereta yang beharga 150K.Tetapi akhirnya saya dapat juga pinjaman dari salah sebuah bank yang mna mereka memerlukan penjamin.Apa yang saya ini bertanyakan kepada saudara najib..bagaimanakah sepatutnya cara pengurusan kewangan saya supaya bank sudi memberi pinjaman kepada saya dengan mudah? adakah saya perlu menukarkan akaun bayaran gaji dari akuan simpanan ke akaun semasa?sekiranya ya..akaun semasa yang manakah sepatutnya saya masukkan semua gaji saya?(akaun semasa individu atau syarikat).
Tolong lah saya Tuan NAjib
Salam Tuan Asrul,
1) Taksirkan cukai pendapatan dengan LHDN setiap tahun
2) Simpan Slip pembayaran pendapatan
3) Tukar akaun penerimaan pendapatan dari akaun simpanan ke akaun semasa supaya mudah pihak bank memastikan pendapatan bulanan.
4) Boleh fikirkan untuk membuka akaun semasa untuk syarikat enterprise. Kiranya tuan adalah freelancer.
Salam wbt. Saya bekerja di sektor swasta dan tiada payslip (diberi gaji dalam bentuk cek). Saya ingin membeli sebuah rumah untuk tujuan pelaburan berharga sekitar rm200k. Saya pernah mendengar dari rakan agak susah utk mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank sekiranya kita tiada sebarang rekod pembayaran dengan pihak bank (setakat ini saya tiada sebarang komitmen/hutang dengan pihak bank). Adakah dengan membuka akaun semasa adalah salah satu cara untuk memudahkan saya mendapat kelulusan pinjaman?
Salam tuan,
Ya memang betul. Peluang sangat tipis bagi sesiapa yang ingin membuat pinjaman tetapi rekod kreditnya tiada. Maksudnya CCRIS tiada apa-apa. Buka akaun semasa bukan cara untuk mendapatkan pinjaman. Gaji tuan diberikan dalam bentuk cek, adakah mempunyai payment voucher? Simpan payment voucher sebagai bukti. Jangan lupa untuk isytiharkan pendapatan kepada LHDN. Dalam pada waktu yang sama, cuba buat pinjaman yang kecil contoh pinjaman ASB, kredit kad dengan kredit limit yang kecil, supaya tuan mempunyai rekod kredit dengan pihak bank.
Selamat pagi tuan, saya I gin bertanya bagi pekerja freelance dan mempunyai pendapatan tidak tetap bagaimana untuk yang bekerja sebagai pelaut freelance untuk membeli rumah. Adakah akaun simpanan ASB atau simpanan mencukupi untuk membeli rumah.
Salam Sejahtera Tuan. Ianya tidak mencukupi. Sebagai pekerja freelance tuan juga perlu membuktikan pendapatan tahunan atau bulanan kepada pihak bank dengan transaksi dalam akaun peribadi tuan. Dan dokumen ini perlu disertakan dengan pengisytiharan pendapatan kepada LHDN. Akaun simpanan boleh dijadikan sebagai back up untuk pinjaman nanti.
Salam tuan,
Info yg sangat berguna. Terima Kasih. Soalan saya, rekod CCRIS ni tak akan lupus ke? Walaupun bayaran penuh dah dilakukan dan tiada lagi hutang bank?
Tempoh yang ada di dalam CCRIS hanya setahun. Jika bayaran telah dilakukan, tidak akan lagi ada di dalam CCRIS. Tetapi ada sesetengah kes yang lambat update. Boleh kemukakan surat pelepas atau pembayaran penuh pinjaman untuk update atau pinjaman bank baru.
Info yang sangat berguna, terima kasih tuan
assalamualaikum tuan..
sungguh padat isi panduan dari anda! syabas diucapkan.. semoga makin ramai celik dengan bidang ini.
saya ingin bertanya sedikit.
sekarang saya bekerja di jepun
slip gaji semua dalam bahasa jepun.
nk uruskan current account pn agak sukar.
apa yang harus dibuat?
soalan kedua
masa nak buat current account(saya da dftar ssm)
perlukan introducer,
adakah jika kita mahu buka account di cimb,kte perlukan introducer yg memiliki ac cimb juga?
dan jika da dapat buat acc tersebut.. adakah kita hanya boleh apply loan dr bank tersebut shaja?
cth : buat ac di cimb, wajib loan di cimb juga ke?
sekian.. terima kasih tuan
dan.. mahu bertanya sedikit.. apakah itu first home scheme? apa kelebihannya?
untuk sesiapa yang ingin membeli hartanah yang pertama tetapi pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM5000 sebulan (bekerja seorang) atau RM10,000 (berkerja suami isteri). Minimum pinjaman RM100k dan maksimum pinjaman RM500k
TERIMA KASIH ENCIK.. SANGAT MEMBANTU,, 🙂
Waalaikumsalam Tuan Sabri,
Yang pertama, Untuk buka current akaun di Malaysia tiada kena mengena dengan slip gaji.
Yang kedua, untuk membuka current akaun syarikat mesti ada introducer untuk bank yang sama. nak buka cimb mesti ada introducer dari cimb. Jika nak buat loan pula, tidak semestinya untuk apply di bank sama. boleh apply bank yang berlainan yang memberikan kadar faedah yang terbaik.
salam tuan.sy baru sahaja berhenti kerja dan sekarang membuat perniagaan secara kecil kecilan ( Baru 1 bulan) atas pendaftaran enterprise. adakah sy boleh mmbuka akaun semasa dan bagaimana dengan LHDN bg permbayaran cukai ?
Salam Tuan Hafiz, Boleh membuka akaun semasa tanpa ada masalah di mana-mana bank pun. Untuk pembayaran cukai pun tiada masalah, mesti daftar ke LHDN untuk pengisytihar borang B. Nanti boleh declare pendapatan tahun 2014.
salam tuan. saya nak tanya. saya bekerja di luar negara. bolehkah saya apply loan untuk beli rumah? kalau ada boleh tuan terangkan cara-caranya. terima kasih tuan.
Salam.
Boleh. Permohonan seperti biasa. Penyata gaji. Jika dalam bahasa lain, mesti sertakan dengan translation. Penyata bank akaun sekali. Sediakan juga Letter of Appointment untuk kerja tersebut. Lebih mudah untuk pekerja yang tetap. Simpanan di Malaysia akan lebih banyak membantu.
Macam mana lah nak masuk berpuluh K sebulan. Saya ni kerja tukang jahit je. Bulan2 dapat bersih 4k ke 6k… kerja menjahit ni modal setikam(ciput) . Tapi masuk banyak tulah. Bukannya masuk berpuluh k
InsyaAllah, En Amran. Yakin boleh. Dari Tukang Jahit hingga memiliki kilang membuat pakaian, segalanya tidak mustahil. Yang penting yakin.
Tak de masaalah income 4k-6k..yg penting declare income tax dan beli rumah harga yg bersesuaian ..insyaalah
Terima Kasih, info yang sangat membantu.
Sama-sama. Cik Puan.
Kalau guna duit sama jer utk kluar masuk akaun semasa ni blh ke? Utk buat mcm pendptn kita lbih bnyak dr sbenar…
Boleh dan Tidak boleh.
Boleh
1) Perlu mempunyai rekod transaksi, seperti payment voucher, resit dan sebagainya.
2) Boleh membayar installment bulanan jika terdapat beberapa masalah dalam pelaburan.
Tidak boleh
1) Kalau tidak berdisplin
2) meminjam lebih dari kemampuan sebenar.
Salam tuan.
Saya telah menjalankan perniagaan enterpise selama 3 tahun dan tidak pernah mendaftar di LHDN. Pendapatan kasar bulanan ialah 40k – 50k. Soalan saya:
1. Jika saya submit untuk tahun 2016, pendapatan perniagaan yang dikira bermula dari jan 2015-dis 2015 sahaja atau termasuk pengiraan pendapatan bagi tahun-tahun yang lepas?
2. Untuk tujuan pembelian rumah, permohonan pinjaman menggunakan nama perniagaan atau nama saya sendiri? dan selain daripada membayar cukai perniagaan adakah saya perlu mengistihar cukai pendapatan juga?
3. Bagi perniagaan enterprise adakah currrent acc perniagaan lebih penting daripada current acc peribadi? atau cukup memadai penyata current acc perniagaan sahaja.
4. Soalan akhir, wife saya adalah kakitangan awam adakah bermasalah jika wife saya declare pendapatan part time dengan membayar cukai pendapatan bagi mendapat kelayakan pinjaman yang lebih tinggi?
1. Boleh submit untuk taksiran 2015 pada 2016 jun nanti. Walaubagaimana pun, boleh juga buat taksiran untuk tahun-tahun yang kebelakang.
2. Tujuan atas nama sendiri. Jika anda pemilik enterprise perseorangan, anda hanya perlu buat taksiran borang B sahaja.
3. Dua2 penting. Akaun syarikat untuk syarikat (transaksi syarikat) dan untuk akaun peribadi (untuk urusan peribadi). jangan campur adukkan akaun. Dua2 penting.
4. Tidak menjadi masalah.
Salam tuan sy nak tnya. Sy dan suami bekrja gj bersih kmi berdua kurang 3k. Sy ada perniagaan ssm. Akaun semasa. Pendaptan perniagaan dlm penyata bank sebulan 30k. Berminat untuk beli rumah harga 360k.
Komitmen . Suami+ isteri.
Rumah rm350.00
Kereta rm 527.00
Loan asb rm 313.00
Rumah pertama cadang untuk buat cagaran .
Rumah pertama beli tahun 2006 harga 60k.
Pada pendapat tuan layak kah saya buat pinjaman rumah kedua harga 360k.
Saya sudah emailkan Puan untuk penerangan yang lebih detail.
Salam tuan,saya nak tanya apa beza akaun semasa persendirian dan akaun semasa syarikat yg berdaftar dengan ssm? Adakah kedua-duanya boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank?
Akaun semasa persendirian untuk kegunaan peribadi. Akaun semasa syarikat untuk kegunaan syarikat. Jangan campuran transaksi kewangan. Ya, kedua-dua boleh digunakan untuk pinjaman bank.
Salam
Sy bekerja di luar negara. Loan apakah yg boleh saya ambil di msia dgn payslip luar negara. Saya tiada sebarang hutang di malaysia. Terima kasih
Waalaikumsalam. Boleh apply loan di sini tetapi bank terhad. Sekurang-kurangnya mempunyai simpanan di mana-mana bank.
Salam tuan, sy nk tnya.. Saya seorg consultan unit trust..pendapatan bulanan tidak tetap…pendapatan sekarang dibayar ke dlm akaun simpanan..perlukah sy tukar instruction supaya pendapatan dibayar ke dlm akaun semasa peribadi bg memudah kn utk mohon pinjaman perumahan…dan apakah dokumen² lain yg sy perlu sertakan bersama?? Tqia tuan..
Waaalaikumsalam. Lebih baik, pindahkan ke akaun peribadi agar penyata transaksi dapat dilihat secara bulanan. Kerana penyata akaun simpanan, dikumpulkan 3 bulan sekali. Penyata komisen bulanan, penyata bank, Borang EA tahunan, slip cukai dan resit pembayaran (jika ada).
Ok tq so much tuan..
assalam..tuan..sy nak tnya..saya peniaga kecil kecilan..pndapatan peniagaan sy hanya rm6k++ sahaja..dan sy slalu amek gaji tetap saya rm2500.dan sy tiada komitmen sperti kereta dll..bolehkah sy mbuatt pnjaman rumah yg bernilai rm100k..ada stengab org kata perlu ade.komitmen..jadi pd pendapat tuan..sy perlua buat loan rumah dulu atau kereta..mohon penjelasan tuan..terima.. sy aerlina
Waalaikumsalam. Buat komitmen tak semestinya beli kereta. Buat kad kredit dengan had kredit yang minima pun sudah mencukupi. Betulkan transaksi akaun dan bukti ambil gaji tetap. Lepas itu, boleh apply loan.
Maaf ya tt, mencelah sikit nie, sekadar berkongsi pengalaman… Sebab sye dulu pun mengalami dilema yg sama juga…berniaga sendiri tapi income tak menentu anda bawah 4k…alhamdulillah berjaya beli 2rumah…cuma beli rumah harga 123k and 37k… Kalau yg tak ada comitment bank …better apply asb loan… But sye suggest kan pilih cimb …jangan ambil rhp OR maybon coz…yg income kecik2 nie cuma cimb n pb bank je yg layan…bank lain tak layan pun…
bagaimana kalau saya tiada sebarang rekod pinjaman melainkan ptptn?
Tidak bagus di mata bank. Bank tak nak ‘berkawan’ dengan orang mcm ini. hehe
salam tuan.sy nk bertanya.adakah ada tempoh
berapa lama perniagaan itu untuk layak mendapat pinjaman perumahan?
ini kerana sy baru sahaja memulakan pernigaan kecil2an.
sudah ada buka acc syarikat.
dan hanya belum daftar kpd lhdn.
perniagaan kecil-kecilan = business = enterprise = perseorangan.
# daftar lhdn, declare pendapatan walaupun sedikit..
# lepas declare income tax, dan mempunyai bank statement company yang ada transaksi
# seeloknya, setahun setengah
Salam tuan, saya nak tanya berkenaan pembelian rumah menggunakan nama syarikat (enterprise). Jika tidak keberatan, boleh tak tuan kongsikan prosedurnya?
kebanyakan bank tidak membuat loan rumah menggunakan nama syarikat enterprise. Kerana entiti syarikat enterprise dan pemilik, adalah satu badan yang sama. Jadi, apabila membuat pinjaman, nama pinjaman tetap atas nama pemiliknya.
Sy skrg pon dlm dilema nie…
bniaga sndiri.. pndapatan bersih tiap2 bulan 7k.
komitmen yg ada skrg cuma kereta shja…rm950
layak ke saya bt loan umah yg berharga 215000k…??
saya ada dftar ssm n LHDN…
Loan rumah 215k, anggaran installment RM1000
Komitment kreta, RM950
Total komitment = RM1950
Pendapatan bersih = RM7k
DBR = 27% <-- MASIH LAYAK BUAT LOANTetapi bergantung pada jumlah tuan declarekan tax. Pendapatan bersih yang kita anggap pendapatan tidak sama dengan bank lihat.Kena sediakan financial profil sebelum hantar apply laon.
Akum saya nk buat petanya, saya berkerja masih lagi kontrek hampir 4 tahun. boleh ke saya nak buat lon pinjaman perumahan petama.
saya ada buat kerja part time yang dapat gaji di beri sebulan melalui bank.
Boleh ke duit gaji saya yg kerja kontret di campurkan dengan duit gaji kerja part time.
apakah syarat kalau duit gaji part time campur untuk buat pinjaman.
Dimana kah bank yang mudah untuk buat pinjam. umur saya baru 26 tahu.
Gaji kontrek saya RM 1100.00. setelah ditolak hanya tinggal Rm 600.00
Gaji part time Rm 1500.oo. layak ke saya nak buat pinjaman rumah harga Rm 15000.00
rumah 150k, ansuran RM750
Ada komitment dengan bank?
Agak susah jika status pekerjaan kontrak dan gaji bawah 2000.
Apa-apa pun boleh cuba.
assalam tuan. saya nak tanya, pendapatan kasar setiap bulan purata rm 18k (6 bulan terbaru) dan telah membayar tax lhdn (borang b) rm2200. syarikat enterprise berusia 3tahun. adakah saya layak untuk membuat pinjaman rumah rm300k / pnjaman kenderann rm100k. untuk makluman, komitment bulanan saya sekarang hanyalah rm600. terima kasih tuan.
pendapatan kasar dalam akaun enterprise? Jika ya, 18kx20% = 3600.
DBR sekarang 16%. 54% balance 1944.
Rumah 300k, installment RM1500
Kereta 100k, installment RM1000.
Tak lepas untuk beli kedua2nya. Pilih beli rumah.
Sy bisnes sendiri, daftar perniagaan Sdn Bhd, ada akaun syarikat. Sekarang ni berminat untuk beli kereta RM165k ++. Akaun syarikat bulanan masuk RM20k-35k. Akaun peribadi masuk RM15K-30K sebulan. Komitmen Kereta RM500, rumah RM600 sebulan. Soalan, pada pendapat tuan, loan sy boleh lulus ke tanpa grantor
Gunakan akaun personal untuk buat loan. Pinjaman kereta, tidak jadi masalah.
Salam tuan,
Saya ada perniagaan enterprise sendiri yang sudah beroperasi 5 tahun. Saya ada akaun semasa perniagaan (baru 6 bulan), dan akaun semasa personal. Saya tidak pernah daftar dengan LHDN. Jualan kasar setiap bulan adalah rm30-35k sebulan. Komitmen bulanan saya dengan bank adalah kereta rm752 sebulan. Saya disiplin bayar setiap bulan. Soalan saya adalah :
1) Bagaimana cara-cara untuk daftar dengan LHDN? Apakah dokumen yang perlu disediakan?
2) Layakkah saya untuk membuat pinjaman rumah yg bernilai rm250k?
1) daftar akaun tax dengan lhdn. boleh buat secara online. http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php
2) RM250k, installment lebih kurang RM1300. Boleh lepas jika, mempunyai tax declaration, bank statement n pendapatan tele.
Assalamualaikum Tuan..
Saya berumur 30 tahun, bekerja freelance (ejen Unit Trust dan insuran) dan juga mempunyai perniagaan online yang telah berdaftar dgn SSM kurang dari 1 tahun.
Income saya tak menentu tapi bulan2 tak kurang dari 6k. Saya juga menerima pendapatan melalui paypal dalam USD dari luar negara, yang saya link kepada akaun maybank. Tetapi pendapatan saya disalurkan ke dalam akaun simpanan peribadi dan akaun semasa(sole prop) adalah dormant.
Saya belum ada komitmen lain kecuali ASB loan dgn maybank. Rekod CCRIS cantik..saya juga mendaftar dengan LHDN… jadi persoalan nya adakah dokumen2 yg saya ada cukup utk support loan application utk pembelian rumah pertama berharga 550k?
sekira tidak cukup, adakah dengan menjadikan ayah sebagai guarantor atau joint nama dgn ayah boleh melayakkan saya dapat loan?
Semoga tuan dapat memberi ulasan dan petolongan tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.
Rumah 550k, ansuran bulanan RM2800.
Pendapatan sekurang-kurangnya RM9000.
Segala pendapatan mesti dikemukakan dengan bukti.
Terima kasih tuan, di atas kesudian membalas komen saya dan membantu menjawab pertanyaan. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.
Assalam Tuan Najib.. Terima kasih atas perkongsian yg baik… Sekiranya saya hendak membeli rumah dalam harga RM330K, biasanya berapa jumah cukai yg perlu saya bayar utk membolehkan loan tersebut lepas?
330k, anggaran installment 1700
pendapatan peribadi mesti dalam lingkungan RM3500
jika gunakan syarikat enterprise, pendapatan enterprise mesti dalam 18k
Assalam. En nak ty klu saya daftar ssm hanya guna nama sendiri shj…dan niaga guna acc personal shj..boleh ke saya apply loan rumah atas ssm nama sendiri & acc personal sendiri.mohon terangkan.terima kasih
daftar ssm, guna nama sendiri, boleh. Account personal yang terbaik ialah current account.
cara lebih baik, buat syarikat dan buat akaun syarikat sekali. Semua transaksi bisnes dalam akaun syarikat.
tuan, saya ada mendaftar ssm tapi belum ada menjalankan perniagaan. sy ingin membeli rumah pertama..umur sy 35thn. bolehkah sy join buyer dengan ayah yg berumur 60 tahun? gaji bersih rm2100 dan komitmen ptptn rm103. berapakah harga rumah yg layak sy beli?
assalamualaikum tuan,
saya berniaga pasar mlm, baru 7bulan buat acct semasa n duit meniaga masuk dlm bank, ada ssm dah 4 tahun tp xpernah bayar cukai.
boleh ke kalau nak beli rumah?
Salam
Sy peniage kecilan2 mcm tuan tp x pernah declare tax.
Blh tuan bg tunjuk ajar mcmnk declare tax?
Salam Tuan, maaf ingin bertanya. Jika bekerja sendiri, pentingkah payment voucher atau salary slip untuk membeli rumah. Perlu ada? Atau tidak perlu sediakan payment voucher?
paymnent voucher penting untuk pengurusan perniagaan anda dan juga bukti kepada bayaran yang anda dapat.
Salam tuan.. bagaimana nak uruskan akaun LHDN. Sy dh buka tapi tak pandai nak manage. Maksud saya dari segi kiraan yang di minta dalam borang B mmbuat saya jadi tak berapa nk clear.
Salam tuan.
Saya nak buat punjaman perumahan, rm 350k.
Saya tiada apa2 hutang kecual loan kereta rm 2200 sebulan. CCRIS cantik.
Saya peniaga runcit n borong. Pendapatam purata perniagaan tu sebulan tu dalam lebih kurang 200k. Tapi tulah kan tu bukan untung pendaptan bersih tolok modal bagai.
Sekarang ni semua okay. Bank call banyak kali mintak salinan borang e tahun 2021. Masalahnya belum buat dan tak tahu nak isi berapa.
Bila isi pendatan bersih tu dalam 50k sebulan, cukai yang kena bayar tu memang tak munasabah.
Confius, apa beza pendapantan bulanan perniagaan, untung bersih peniagaan dan gaji bersih tu ya?