Top 10 hartanah yang paling mendapat perhatian sepanjang PKP

iproperty top 10 hartanah

iProperty.com.my menyenaraikan 10 hartanah yang paling banyak
dilihat di Malaysia oleh pembeli rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Senarai di bawah merupakan hartanah yang merekodkan paparan tertinggi (dari seluruh laman web) dalam kalangan pengunjung laman web kami sejak bermula PKP iaitu dari 18 Mac hingga 18 April 2020. Dengan menggunakan aplikasi data raya iProperty.com, iaitu iPropertyiQ.com., data paparan direkod dan pemberat populariti setiap hartanah ditunjukkan dalam peratusan (%).

Definisi paparan: Apabila pengguna mengklik pada satu penyenaraian dan tiba di laman penyenaraian tersebut, itu dikira sebagai satu view atau paparan. Angka ini pula bukan paparan yang unik. Jika pengguna mengklik pada penyenaraian yang sama beberapa kali, itu dikira sebagai paparan berganda. Ambil perhatian bahawa data yang dikumpul hanyalah untuk paparan di laman web dan tidak termasuk paparan di aplikasi telefon pintar (iProperty.com.my app).

#10: The Riyang – Kuchai Lama

Peratusan paparan: 7.77%
Jenis hartanah: Kondominium

The Riyang terletak di dalam perbandaran maju dikenali sebagai Happy Garden. Kawasan ini pilihan yang tepat untuk mereka yang berkeluarga kerana The Riyang direka dan dibina dengan kehidupan berkeluarga sebagai konsep utama. Persekitarannya dilengkapi kawalan keselamatan yang baik. Di samping itu, kondominium ini mempunyai ciri – ciri mewah seperti gimnasium dengan pemandangan kolam renang, gelanggang bola keranjang tertutup dan jakuzi. The Riyang menawarkan pemandangan indah latar langit Kuala Lumpur dan taman dengan pelbagai pohon yang ditanam rapi di sekitar kediaman.

#9 – 10 Mont Kiara @ MK 1 – Mont Kiara

Peratusan paparan: 7.78%
Jenis hartanah: Kondominium

10 Mont Kiara dilengkapi kemudahan seperti bank dan restoran serta pasar raya runcit Cold Storage yang berhampiran. Para ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah pasti lega dengan kehadiran Mont Kiara International School yang juga berhampiran kondominium ini. Mont Kiara turut dikelilingi kejiranan lain yang meriah seperti Bangsar dan Damansara. Ini memudahkan penghuni mengunjungi pusat hiburan dan rekreasi di sana.

#8 – Four Seasons Place – KLCC

Peratusan paparan: 7.8%
Jenis hartanah: Kondominium

Four Seasons Place baru dibuka pada 2018. Meski baharu dibuka, kondominium ini telah menjadi penentu standard baharu keanggunan dan kualiti terbaik. Lokasinya yang bersebelahan Menara Berkembar Petronas meletakkannya di tengah-tengah kemewahan. Dari kondominium ini anda dapat melihat keseluruhan seni bina kontemporari pusat bandar raya Kuala Lumpur. Segala kemudahan yang anda perlukan ada di kediaman ini seperti spa, gimnasium, malah kolam renang dengan pemandangan ibu kota. Di tingkat bawah terdapat pusat beli-belah Robinsons yang memudahkan penghuni mengunjungi restoran dan membeli barangan runcit.

#7 – Westside Three – Desa Park City

Peratusan paparan: 8.10%
Jenis hartanah: Kondominium

Desa ParkCity dikenali sebagai antara kejiranan paling popular di Malaysia. Kawasan ini juga merupakan antara yang paling cepat berkembang. Pusat tumpuan di Desa ParkCity adalah The Central Park yang menawarkan kemudahan seperti The Waterfront at Park City dan The SportsCenter. Juga, terdapat kelab golf persendirian di sini di mana penghuni boleh beristirahat atau bersukan di kolam renang dan gelanggang tenis. Dari kondominium Westside Three, anda boleh melihat keseluruhan The Central Park termasuk taman komunitinya.

#6 – Skyluxe On The Park, Bukit Jalil

Peratusan paparan: 8.11%
Jenis hartanah: Kediaman servis

Kawasan ini popular dalam kalangan bakal jaguh sukan yang inginkan kawasan tempat tinggal yang membayangkan minat mendalam mereka terhadap sukan. Terletak berdekatan Taman Rekreasi Bukit Jalil dan Bukit Jalil Golf Course serta dikelilingi kehijauan alam semula jadi, Skyluxe On The Park sememangnya kediaman impian bagi penggiat aktiviti luar.

#5 – Pavilion Hilltop, Mont Kiara

Peratusan paparan: 8.23%
Jenis hartanah: Kondominium

Pavilion Hilltop di Mont Kiara merupakan mercu kemewahan di kalangan kondominium yang terdapat di negara ini. Kediaman ini mempunyai banyak kemudahan bertaraf dunia di serata tujuh tingkatnya seperti taman asuhan kanak-kanak dan surau. Tambahan pula, kondominium Pavilion Hilltop mempunyai sambungan mudah ke beberapa lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, DUKE, Penchala Link dan SPRINT. Pavilion Hilltop menjadi rebutan terutama dalam kalangan yang baru berkahwin dan mereka yang berkeluarga untuk membina hidup.

#4 – EkoCheras, Cheras

Peratusan paparan: 11.13%
Jenis hartanah: Kediaman servis

Cheras merupakan kawasan yang menjadi rebutan dalam kalangan mereka yang berkeluarga kerana lokasinya di pinggir Kuala Lumpur yang jauh dari kesibukan kota. Kewujudan beberapa pusat beli-belah seperti EkoCheras Mall, Sunway Velocity dan Aeon Mall Taman Maluri sudah cukup untuk memenuhi keperluan penduduk.

#3 – Seni Mont Kiara, Mont Kiara

Peratusan paparan: 12.40%
Jenis hartanah: Kondominium

Masyhur sebagai salah satu kawasan elit di Malaysia, Mont Kiara dikenali kerana banyak kediaman berprestij di dalamnya dan salah satu kediaman mewah ini ialah Seni Mont Kiara. Kondominium mewah ini bukan sahaja menjadi rebutan kerana seni binanya yang bergaya, tetapi juga kerana lokasinya yang berhampiran beberapa kawasan tumpuan utama. Penghuni Seni Mont Kiara hanya perlu memandu 15 minit untuk ke pusat membeli belah 1Utama, Publika and KLCC.

#2 – One KL, KLCC

Peratusan paparan: 13.52%
Jenis hartanah: Kondominium

Terletak di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, KLCC menjadi kawasan tumpuan untuk hiburan, urusan perniagaan dan rekreasi. Di sini juga letaknya Menara Berkembar Petronas yang ikonik dan menjadi simbol kemajuan negara. KLCC merupakan tempat untuk menikmati kehidupan penuh tenaga dalam persekitaran yang meriah dengan berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit. Ramai orang tertarik dengan kehidupan di bandar besar seperti KL kerana ia memudahkan di samping kediaman seperti One KL yang menawarkan pemandangan memukau ibu negara Malaysia ini.

#1 – The Tamarind, Tanjong Tokong, Penang

Peratusan paparan: 15.16%
Jenis hartanah: Kediaman servis

Terkenal dengan jolokan ‘Mutiara Timur’, Pulau Pinang merupakan antara kawasan yang paling pesat mengalami urbanisasi di Malaysia dengan seni bina unik yang menggambarkan kehadiran kuasa kolonial British di pulau ini suatu masa dahulu. Ramai yang mencari rumah untuk dijadikan kediaman di Pulau Pinang kerana tarikan budaya, pantai yang indah dan makanan yang enak. Pulau Pinang menjadi kunjungan ramai kerana ada banyak tempat untuk menikmati pelbagai juadah tempatan yang menyelerakan. Ramai orang gemar makan di tepi pantai dan tinggal berdekatan dengan pantai di lokasi seperti The Tamarind di Tanjong Tokong yang hanya 3km dari pusat bandar raya George Town.

**********

BACA : Di manakah Lokasi Pelaburan Hartanah yang Terbaik?

Kongsikan Pendapat Anda

CommentLuv badge
shares