Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?

Hanya Satu Masa Sahaja Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah

Terbaik!! Alhamdulillah, artikel 8 Tips Membeli Rumah Pertama Untuk Graduan Muda mencatatkan jumlah pembaca yang tinggi. Terima kasih atas sokongan anda.

Dalam pada itu juga, saya menerima ratusan email mengenai pelaburan hartanah. Ada yang bertanya kepada saya di manakah lokasi ‘hot’? Ada juga tanya, bilakah masa yang sesuai untuk membeli hartanah?

Saya pernah menulis mengenai lokasi yang hot.. Boleh baca artikel ini –> Di manakah Lokasi Pelaburan Hartanah yang Terbaik?

Jadi artikel kali ini adalah untuk merungkai masa yang sesuai untuk membeli hartanah.

BILA MASA YANG SESUAI MEMBELI RUMAH?

Bila masa yang sesuai untuk membeli rumah bagi tujuan pelaburan? Masa sekarang atau tunggu ekonomi stabil?

Sebenarnya hanya satu masa sahaja yang paling sesuai untuk membeli rumah…. masa bila anda mempunyai duit yang mencukupi dan profil kewangan anda dalam keadaan bersedia.

Hanya masa itu sahaja anda boleh buat pelaburan dan membeli rumah. Kalau tiada juga, jangan sembang tentang lokasi panas atau bila masa yang sesuai (konon dan rasanya, sempat untuk menabung).

Sebab apa saya berkata sedemikian,  setiap masa adalah sesuai membeli rumah. Jadi, kita mesti sentiasa dalam keadaan bersedia untuk membeli. Stabilkan diri kita sendiri. Simpanan cukupkah? Ilmu pelaburan cukupkah?

Apabila sudah bersedia, setiap masa adalah masa yang sesuai untuk membeli.

Bila masa yang sesuai untuk membeli rumah?

CUKUP DUIT. CCRISS CANTIK. JAWAPANNYA SEKARANG !

Jangan tunggu lagi. Beli ikut kemampuan sekarang !

Jika mampu RM500 sebulan, belilah flat berharga lebih kurang RM90k.

Jika mampu RM1,000, beli lah apartment berharga lebih kurang RM200k.

Tapi anda mesti tanya, mana nak dapat rumah harga begini lagi?

Launching semuanya sudah RM500k ke atas !

Jawapannya rumah subsale/ second-hand. masih ada.

Masih banyak lagi rumah subsale yang dalam lingkungan harga RM300k ke bawah.

Jadi tiada alasan untuk memulakan membeli rumah sekarang! Berkawanlah dengan peruding hartanah 🙂

Adakah sekarang sesuai untuk melabur dalam hartanah?

bila masa yang sesuai untuk membeli rumah?

Tahun ini masih sesuai untuk membeli rumah dan melabur, tapi menggunakan pendekatan strategi yang berbeza. Dalam pasaran sekarang agak susah untuk membeli hartanah yang ada aliran tunai positif, biasanya kadar sewa cukup-cukup untuk bayar ansuran bulanan sahaja.

Capital Gain

Kalau ingin nak beli hartanah untuk melabur sekarang kena lebih fokus dalam capital gain. Tidak kira beli hartanah undercon atau subsales yang penting lokasinya, sebab lokasi yang cantik/ baik baru ada capital gain yang tinggi.

Below Market Value

Kalau anda nak beli hartanah subsales mesti cari rumah yang dijual below market value, jangan kata susah nak dapat rumah below market price.

Dalam pasaran subsales ini, ramai orang menjual rumah di atas sebab terdesak, mengalami masalah kewangan, pindah rumah, dan bercerai. Mereka terpaksa jual rumah dengan harga lebih murah.

Kalau anda berusaha mencari listing, mungkin anda boleh dapat hartanah yang dijual RM100K below market price.

Kesimpulan

Pada pandangan saya tiap-tiap tahun pun sesuai untuk membeli rumah dan melabur dalam hartanah. Terpulang kepada anda untuk menggunakan strategi yang macam mana satu.

Ekonomi bagus dapat beli hartanah dengan capital gain yang bagus, dalam ekonomi teruk dapat beli hartanah yang below market price.

***

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

 

NAK BELAJAR HARTANAH & BISNES LAGI?

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.

One Response

  1. ShahZedy 25/10/2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Tips beli Modal MinimaDownload Sekarang

Mahu belajar bagaimana saya melabur dalam
bisnes & hartanah

Jika mahu, isikan nama dan emel anda di bawah ini.