Kajang 2: Projek Pembangunan bandar baru oleh MKH Berhad

Update post pasal pembangunan sekitar pula. Beri pendedahan apa yang berlaku di beberapa kawasan.

Kajang 2

Kali ni lokasi di Kajang 2. Bandar Kajang baru yang dibangunkan oleh MKH. Lokasi yang strategik di antara 3 bandar utama di daerah Hulu Langat.. iaitu Bandar Baru Bangi, Semenyih dan Kajang.

Mengenai jalan masuk keluar untuk pembangunan ini tidak jadi masalah. Kerana lokasinya terletak dengan bandar yang sedia ada membangun.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Kajang 2

‘Boosters’ di Kajang 2

Dapat lihat dalam gambar, beberapa infrastruktur dan kemudahan yang penting dilaksanakan oleh projek ini..

1) Shopping Mall – Connected to Kajang MRT and KTM
2) New Jalan Reko – Komuter Station
3) Sekolah Kebangsaan & Sekolah Cina
4) International School – Rafflesia
5) Flyover dari Persiaran Bangi ke Kajang 2

Taman Perumahan sekitarnya

Ada beberapa taman perumahan yang akan terasa tempias di atas pembangunan yang GDV RM1bil.

1) Kajang 2 (MKH)
2) Nadayu 92 (Nadayu)
3) Tropicana Heights Kajang (Tropicana)
4) Taman Harmoni (Dynafare)
5) Hillpark Homes (MKH)

 

Kajang 2

Artikel Akhbar mengenai Kajang 2

Antara artikel akhbar mengenai pembangunan ini:-

1. Jewel of the south, The Star, 14 December 2012

2. Developers are turning to area for its growth potential, The Star, 7 March 2014

3. New road to ease congestion, The Star, 26 June 2015

4. MKH’s affordable homes strategy pays off, The Star, 23 July 2015

5. MKH in new Kajang project with GDV of RM1 billion, The Star, 7 August 2015

Kesimpulan

Kajang 2, Nadayu 92 dan Tropicana Heights Kajang buat masa ini masih undervalue. Setelah kesemua booster seperti stesen MRT Jalan Reko dan flyover Persiaran Bangi ke Kajang 2 yang ketika ini dalam pembinaan serta stesen KTM Komuter dan pusat membeli-belah siap sepenuhnya, kawasan ini akan menjadi hot spot. Ini dapat dilihat, kebanyakan taman perumahan di sini, meningkat nilainya lebih 20% dalam tempoh 5 tahun. Dan ada juga yang telah menjangkau lebih 100%.

Jadi tidak menjadi masalah bagi anda yang berkerja di Kuala Lumpur untuk tinggal di kawasan ini. Sekarang ini, ramai yang bekerja di Putrajaya dan Cyberjaya (kakitangan kerajaan), membeli hartanah di kawasan ini.

Mungkin akan ada yang tanya saya, apa nama taman dan projek yang akan di bina di sini? Malangnya, MKH Berhad tak bayar saya untuk slot ini 🙂

Mari kita nantikan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply