Insurans Rumah: Nak Pilih Mana Satu?

Ketahui tips wajib tahu ini untuk memilih jenis insurans rumah yang tepat dan sesuai untuk lindungi hartanah yang anda ada.

Pinjaman dah lulus. Bank tawarkan untuk ambil insurans rumah, ada yang kena bayar lump sum dan ada yang kena bayaran bulanan. Nak pilih mana satu?

Begini, tak kisah mana-mana kita ambil. Kedua-dua ada kelemahan dan kekuatan masing masing. Untuk pengetahuan anda, kita ada pilihan samaada memilih MRTT atau MRTA atau MLTT atau MLTA.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Secara umum sahaja, saya bukan pakar tetapi hanya mahu jelaskan dan mudahkan pemahaman sahabat semua.

#1 – KONVENSIONAL DAN TAKAFUL

Beza A dan T yang hujungnya adalah; “A” adalah Assurance perlindungan insuran konvensional, manakala “T” adalah Takaful bagi muslim anda digalakan mengambil insurans rumah jenis ini.

** Nota jika mahu tahu lebih lanjut boleh berhubung dengan pakar-pakar anda.

Insurans Rumah: Nak Pilih Mana Satu?

#2 – BEZA “R” DAN “L” DALAM MRTA MLTA

Secara umum memamg sangat berbeza, cara bayarannya berbeza juga cara hasilnya juga “R” bermaksud Reducing “L” bermaksud Level. Baiklah, jom saya mudahkan anda.

MRTT atau MRTA

Sumber; HartaBumi.com
  • Ini biasa bank tawarkan sekali dengan pinjaman perumahan, boleh masuk dalam pinjaman kerana margin pinjaman sebenarnya adalah 90% + 5% di mana lebihan 5% itulah boleh dimanafaatkan utk kos legal, MRTA juga kos jurunilai.
  • Bayar sekali sahaja atau boleh masuk dalam pinjaman anda.
  • Lebih murah dari segi nilai atau jumlah perlu bayar.
  • Jika kematian maka rumah yang dipinjam tadi telah dibayarkan oleh MRTA dan rumah tadi telah terbayar dan menjadi percuma, bergantung tempoh yang di ambil, dibayar melalui insuran tersebut.
  • Tiada nilai “cash value” jika kematian, pelndungan tadi hanya membayar baki hutang si mati.

** Nota: Perkara wajib tahu pastikan perlindungan MRTA tadi mengikut perancangan matlamat pembelian anda, katakan anda merancang untuk tinggal selamanya maka, ambil penuh 35 tahun atau mengikut jangka masa hutang.

*** Ini penting dikhuatiri ingat ada perlindungan tetapi rupanya tak cover, jadi semak MRTA MRTT anda.

MLTT atau MLTA

Sumber; HartaBumi.com
  • Ia lebih berbentuk hampir sama seperti insuran peribadi atau “Life” insuran tidak masuk dalam pinjaman, dilakukan secara berasingan
  • Ia perlu bayar bulanan dan agak mahal.
  • Wujud risko “defaults” jika tidak menyelengara pembayaran bulanan dengan mengikut perjanjian dan berkemungkinan hilang perlindungan tadi
  • Bayaran agak tinggi tetapi mempunyai kelebihan yang lain (cover hartanah + cash), ini bermaksud akan ada “cash value” dan meningkat setiap tahun.
  • Jika berlaku kematian, waris bakal miliki sejumlah wang dalam bentuk “Cash” bagi melangsaikan hutang rumah tersebut.
  • Boleh dipindah kepada hartanah lain, bermaksud jika hartanah A yang awalnya dilindungi tadi sudah dijual. Dia boleh dipindah kepada hartanah B atau ke C. Ini adalah kerana ia tiada kena mengena dengan hartanah tersebut ia hanya insuran melindungi pemilik yang berhutang.

Ringkasan Perbandingan Kedua-dua Insurans Rumah Ini

perbandingan mrtt mltt
Perbandingan MRTT & MLTT

Kesimpulan

Kedua-dua di atas, ada kebaikan dan kelemahan masing-masing anda boleh pilih mengikut kemampuan anda untuk memilih mana terbaik.

Jika tanya saya, pilih mana yang anda mampu, jangan tengok poket orang lain.

Jangan sibuk sangat konon nak dapat “high return” tapi akhirnya “defaults” tak bayar insurans rumah bulanan dan hilang perlindungan.

Mana-mana pilihan tak salah, saya hanya pesan sahaja ye.


Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply