Pengecualian Duti Setem 2021 Untuk Pembeli Rumah Pertama

Kalau beli hartanah baru ataupun projek ada pakej bagus, Home Ownership Campaign / Kempen Pemilikan Rumah – yang memberikan pengecualian duti setem pada para pembeli. Tapi kalau kita beli hartanah subsales, adakah masih ada pengecualian duti setem ini?

Sebelum saya teruskan, sila jawap pertanyaan saya ni… :”Adakah ini kali pertama anda ingin membeli rumah?” Sekiranya ya, anda tergolong dalam penerima bonus ini jika anda ada plan nak beli rumah dalam jangka waktu yang terdekat ini.

OK! Di bawah Bajet 2021, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa pembeli rumah pertama akan diberikan pengecualian duti setem secara penuh bagi hartanah yang berharga tidak melebihi RM500 ribu.

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Saya ulangi lagi sekali, pembeli rumah pertama akan diberikan pengecualian duti setem secara penuh bagi hartanah yang berharga tidak melebihi RM500 ribu.

Syarat Pengecualian Duti Setem 2021

Baiklah, secara ringkasnya, PENGECUALIAN yang diberi ini mempunyai beberapa syarat,

  1. Pembeli mestilah warganegara malaysia
  2. Untuk rumah PERTAMA sahaja; Kalau pernah ada rumah, samada nama sendiri atau secara berpasangan, dah pernah beli tapi dah jual dan sekarang takde rumah, dah ada rumah yang diterima melalui perwarisan, MAKA pembelian yang akan datang tidak lagi dikira sebagai rumah PERTAMA;
  3. Perjanjian jualbeli mesti disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2021 dan tidak lewat dari 31 DIsember 2025; InsyaAllah, panjang masanya kalau kita nak nikmati pengecualian ini. Harap-harap tiada u-turn atau perubahan pada bajet-bajet negara akan datang.
  4. Harga rumah tidak melebihi RM 500 ribu
  5. Harga pembelian rumah itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran mengikut nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan LHDN; Jadi, kalau ada hajat atau unsur-unsur ‘mark-down’ tu jaga-jagalah ye. Takut ada tak lepas untuk mendapatkan pengecualian ini.
  6. Hanya untuk HARTANAH KEDIAMAN (iaitu rumah teres, kondominium, apartment, dan flat yang untuk diguna sebagai rumah kediaman); Harta kediaman ini bermakna unit-unit strata berstatus komersial seperti Serviced Residence, SOHO, SOVO dan sebagainya tidak menerima pengecualian duti setem ini.
  7. Pengecualian ini perlu dipohon yang mana akan diuruskan oleh Peguam pembeli) sebab permohonan bagi pengecualian ini hendaklah disertakan dengan SURAT AKUAN berkanun; yang menyatakan harga hartanah yang dibeli sememangnya tidak melebih 500 ribu ringgit, merupakan hartanah kediaman, pembeli tidak pernah memiliki sebarang hartanah, baik persendirian mahupun perkongsian.
Pengecualian duti setem 2021

Penjimatan daripada Pengecualian Ini

Pengecualian duti setem 2021

Patutkah saya beli rumah sekarang? Baca artikel ini 4 Sebab Beli Rumah Selepas COVID-19 Jika Anda Mampu

Baiklah, saya harap anda dapat satu tips yang bermanfaat daripada video kali ini. Sesiapa yang masih mencari rumah, rebut peluang yang ada. Di dalam pasaran subsales sekarang, banyak rumah-rumah yang below market value. Jadi jangan tunggu lagi, jom beli rumah!


Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.

Langgan saluran Telegram saya untuk kemaskini berita baharu pasal property. NAJIB'S CHANNEL

Kongsikan Pendapat Anda