Keliru mengenai jenis hakmilik hartanah anda?
Sebelum membeli rumah, penting untuk mengetahui rumah itu berada di bawah jenis Hakmilik Induk atau Individu/ Strata.
Jika anda membeli hartanah yang masih lagi di bawah Hakmilik Induk, ada beberapa komplikasi atau risiko yang perlu anda pertimbangkan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Hakmilik induk akan mempunyai lebih banyak risiko berbanding dengan hak milik strata / individu.
Di sini saya senaraikan perbezaan Antara Hakmilik Induk, Individu dan Strata.
Jenis Hakmilik
Hakmilik Induk (Master Title)
Ia merujuk kepada satu hakmilik besar yang mengandungi lot-lot bangunan/ lot-lot parcel yang belum dipecah sempadan dan belum dikeluarkan satu hakmilik individu yang berasingan terhadap setiap lot bangunan/ lot parcel tersebut.
Hakmilik induk ini hanya mengandungi satu nombor hakmilik sahaja yang merangkumi keseluruhan bangunan/parcel atas tanah tersebut.
Hakmilik induk biasanya didaftarkan atas nama pemaju atau ia mungkin didaftarkan atas nama pemilik lain atau dengan pemaju.
Satu pemaju boleh membuat usaha sama dengan pemilik tanah untuk membangunkan tanah tersebut. Dalam beberapa kes, anda dapat melihat pemiliknya adalah milik DBKL tetapi dibangunkan oleh pemaju ABC.
Di dalam Hakmilik Induk ini semua pemilik setiap lot bangunan/ lot parcel akan berkongsi hak dan kepentingan yang sama di atas tanah tersebut.
Sebelum wujudnya Hakmilik Strata / Hakmilik Individu, pemaju akan menjadi pemilik tanah dalam Hakmilik Induk. Pemaju berhak mengawal semua urus niaga tanah.
Urus niaga bermaksud semasa anda menjual rumah anda atau membiayai semula rumah anda; anda perlu mendapatkan pengesahan daripada pemaju untuk membolehkan anda menjual atau membiayai semula rumah tersebut.
Apabila lot-lot bangunan/ lot parcel tadi telah dipecah sempadan dan dikeluarkan hakmilik individu yang berasingan untuk setiap lot, maka hakmilik induk ini tadi akan dibatalkan oleh pejabat tanah.
BACA JUGA: Tunggu 2 Tahun Kes Double Transfer Rumah, Pembeli Merana, Penjual Terseksa
Hakmilik Individu (Individual Title)
Ia merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (landed property) untuk satu hakmilik individu ini hanya terdapat satu lot bangunan sahaja di atasnya.
Apabila ianya di pindah milk kepada pemilik/ pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot hartanah atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak lain.
Apabila hakmilik induk dibahagi kepada hakmilik Individu, setiap lot bangunan akan mempunyai nombor hakmilik.
Pemilik tanah adalah pemilik harta tanah, dan ini dikenali sebagai Hakmilik individu.
Biasanya, landed property, misalnya, rumah teres, banglo, rumah berkembar, rumah kedai, dan kilang akan dibahagikan kepada Hakmilik Individu.
Walau bagaimanapun, beberapa landed property yang mempunyai kemudahan bersama dianggap sebagai Hakmilik Strata. Contohnya, rumah teres dengan berpagar dan dijaga dan yang lain berkongsi kemudahan.
Hakmilik Strata (Strata Title)
Ia merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot parcel di atas satu bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (strata property) untuk satu hakmilik strata ini hanya terdapat satu lot parcel di atasnya.
Hakmilik strata adalah hakmilik sub-divide untuk unit individu di bangunan tinggi.
Apabila ianya di pindah milk kepada pemilik/ pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot parcel atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak-pihak lain.
Walau bagaimanapun pemilik-pemilik lot parcel tadi akan berkongsi common area (sebagai contoh: lif, tangga, kolam renang dan lain-lain) sesama mereka bagi setiap bangunan tersebut.
Biasanya, pangsapuri, kondominium, flat, SOHO, townhouse termasuk pejabat kedai, diklasifikasikan sebagai Hakmilik Strata.
Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya diĀ Telegram ChannelĀ di sini.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.