Buat sesiapa yang masih blur atau masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sibuk dengan hal lain sampai lupa nak buka whatsapp, telegram atau online facebook, kerajaan telah mengumumkan langkah moratorium pinjaman bank atau langkah penangguhan bayaran serta penstrukturan semula pinjaman membabitkan nilai sekurang-kurangnya RM100 bilion.
Seumur hidup saya, inilah kali pertama bank dengan baik hati memberikan pinjaman penangguhan selama 6 bulan dalam usaha membantu rakyat menghadapi kesan COVID-19 di negara ini.
BACA: Kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Hartanah Malaysia
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), langkah ini bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.
Antara point-point yang perlu anda tahu:
- Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
- Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta
- Tetapi, pelanggan bank masih ada pilihan untuk meneruskan bayaran seperti biasa.
- Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.
Tetapi, bagaimana pula dengan kad kredit? Adakah ianya termasuk dalam moratorium pinjaman bank sempena wabak COVID-19 ini?
Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan.
Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun dan hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual.
Patut ke saya ambil moratorium pinjaman bank 6 bulan untuk pinjaman rumah & kereta saya? Saya rasa macam tak perlu sebab syarikat saya masih OK, gaji pun jalan walaupun bekerja daripada rumah. Saya rasa mampu untuk bayar pinjaman ini.
Untuk mereka yang dalam kesempitan, tak kerja tak ada gaji atau cukup-cukup makan, masa inilah nak susun semula kewangan kita. Ambillah semua peluang yang ada. Gunalah duit yang dapat tu sebaik mungkin. Beli keperluan asas dan jangan lupa simpan sedikit untuk kecemasan.
InsyaAllah, kita doakan, semuanya akan baik-baik sahaja.
Kepada yang bergaji besar dan kononnya dah cukup tabung kecemasan. Jangan terlalu yakin sangat. Dalam ekonomi tak menentu macam ni, bila-bila masa ja syarikat kita boleh lingkup. Ambil saja peluang jika dapat duit lebih, tingkatkan tabung kecemasan. Tak salah kalau ada simpanan jadi 12 bulan. Kita pun tak tahu lama mana lagi keadaan macam ni. And we better prepare for the worst.
Dan buat mereka yang rasa dah cukup segalanya, masa krisis macam ni lah peluang nak gandakan lagi kekayaan dan pelaburan kita. Ambil sajalah moratorium tu, kumpulkan mana-mana duit, buat modal selagi boleh. Masa inilah orang kata CASH IS KING. Bayar zakat, simpan duit dalam iSSPN atau letak ja kat dalam ASB atau Private Retirement Scheme (PRS). Simpanan dapat, pelepasan cukai tahun depan pun dapat.
Lagi satu, masa inilah kita nak beli stock market atau labur kat unit trust. Harga semuanya tengah rendah, peluang kita rembat masa murah. Buy Low Sell High.
Tak pun, kita boleh beli hartanah sebiji dua. Musim macam ni, banyak rumah tak terjual dan yang below market value. Bila keadaan dah pulih nanti, pelaburan anda akan jadi berlipat kali ganda nilainya. Best tak?
Dan akhir sekali, untung golongan yang have-have duit tak tahu nak letak mana, walaupun korang rasa tak perlu pun pelepasan hutang rumah dan kereta tu, kalau dapat apa salahnya. Duit lebihan yang korang ada tu, boleh guna untuk kebajikan. Bantu saudara mara yang memerlukan.
Kalau terlebih lagi, bagi je sumbangan kat tabung frontliner kita. Bukan setakat duit dapat, pahala pun berlipat. Bukan semua orang dapat peluang macam anda tau.
Jadi kesimpulannya, apa pendapat saya bila kita dapat good offer dalam keadaan macam ni?
Ambil saja!
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.