7 Perkara Tentang Orang Biasa Yang Membuatkan Dia Menjadi Pelabur Hartanah Tegar

7 Perkara Tentang Orang Biasa Yang Membuatkan Dia Menjadi Pelabur Hartanah Tegar

Pelaburan hartanah tidak akan menjanjikan korang bergelar jutawan. Pelaburan hartanah hanya memastikan korang menjadi jutawan.

Ramai yang mengeluh apabila timbulnya perbualan mengenai pelaburan hartanah. Perlu modal besar, tak pandai, tiada masa untuk uruskan dan pelabagai 1001 alasan.

Tertarik dengan tulisan oleh Abang Ensem dari siri postnya #MutiaraHartanah, sungguh mudah dan saya sarankan kepada sesiapa yang yang menganggap pelaburan hartanah susah, sebenarnya tidak. Ikuti perkongsian Abang Ensem tip-tips yang paling sesuai untuk pelabur newbie.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Melabur Itu Tidak Susah apatah lagi menjadi Pelabur Hartanah

  1. Ramai yang takut untuk melabur dalam hartanah. Aku juga tidak terkecuali di awal-awal dulu.
  2. Takut hartanah yang dibeli terbengkalai akhirnya. Khuatir rumah yang dibeli tidak mampu menghadirkan penyewa. Risau duit yang dilabur, lebur begitu sahaja. Ini merupakan sindrom pelabur newbie.
  3. Setelah beberapa ketika. Setelah beberapa hartanah dibeli. Setelah beberapa kumpulan penyewa bertukar ganti. Aku menjadi semakin yakin, meneruskan langkah di dalam bidang ini. Hanya 3 kriteria yang perlu aku ‘tagih’ dalam setiap pembelian.
  4. Kriteria pertama, hartanah ‘subsale’ WAJIB diperolehi pada harga di bawah nilai pasaran (below market value). InshaaAllah dalam kondisi ekonomi terkini, ianya akan mudah ditemui.
  5. Kriteria berikutnya, mampu memberikan ‘positive cashflow’ hasil dari sewaannya memandangkan matlamat pelaburan aku hanyalah ‘passive income’ semata-mata. “Beli hanya sekali, pendapatannya berkali-kali” menjadi motto azimat pelaburanku.
  6. Dan peratusan pulangan pembeliannya (ROI) sewajarnya melebihi angka 8% merupakan kriteria terakhir pemilihanku. Jika pun ianya tidak mampu mencapai angka tersebut, sekurang-kurangnya pembangunan infra & komuniti di sekitarnya mampu menghadirkan angka tersebut dalam tempoh masa kurang dari 4 tahun.
  7. Remember this !! You MUST buy a
    • ‘BELOW MARKET’ property
    • that can generates ‘POSITIVE CASHFLOW’
    • with ‘GOOD’ returns.

Masih adakah hartanah yang disebutkan?

Masih ada hartanah yang mampu dimiliki sekarang? Di mana? Kena carilah 🙂 Hartanah yang bawah nilai pasaran tidak akan datang bergolek. Anda perlu mencarinya.

Tapi bagaimana nak cari?

Berkawanlah dengan perunding hartanah. Mereka sentiasa di dalam pasaran hartanah. Jika anda betul-betul bersedia untuk membeli, mereka akan membantu anda.

Sekarang ialah Buyer’s Market bukan Seller’s Market. Ramai penjual daripada pembeli yang mampu. Jadi kebarangkalian untuk mendapat hartanah di bawah harga pasaran adalah tinggi.

Sepertimana yang anda tahu, pasaran kapitalis berfungsi atas dasar penawaran dan permintaan. Lebih banyak permintaan akan meningkatkan harga. Pemintaan yang berkurang akan menurunkan harga..

Kongsikan artikel ini dengan sahabat anda, barulah mereka tidak takut lagi untuk melabur. Nanti boleh la melabur secara berjemaah pula 🙂

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

2 Comments

  1. mselim3 19/01/2016

Leave a Reply