Anda mempunyai satu atau dua buah rumah yang sedang disewakan? Terbaik! Anda sudah menjadi pelabur hartanah. Tapi, tahukah anda pendapatan daripada sewaan tersebut wajib dikenakan cukai? Adakah anda tahu bagaimana cukai pendapatan pelabur hartanah dikira?
Saya pasti, ramai yang tidak membuat taksiran tentang pendapatan sewaan mereka. Maklumlah, untung pun tidak seberapa. Jumlahnya kecil sangat.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Kecil di mata anda. Tetapi tidak di mata LHDN. Mereka boleh selidik dari A sampai Z jika mereka membuat audit kerana mereka mempunyai rekod mengenai pembelian rumah seseorang.
Bagaimana pengiraannya?
Wow! Banyaknya pendapatan kita dari sewaan rumah. Kalau ikut pengiraan hakiki, tidak sebanyak itu pun pendapatan kita.
Kita buat pengiraan yang hakiki mengikut kes di atas, pendapatan sewaan RM1,200 sebulan tolak RM900 bayar bulanan ke bank dan tolak lagi RM200 untuk yuran penyelenggaraan, maka yang tinggal hanya RM100. Pendapatan tahunan kita sebenarnya hanyalah RM1,200. Lagi sakit, bila ada kos baik pulih sebanyak RM500 dan cukai pintu RM500. Jumlah baki bersih yang tinggal hanyalah RM200 SETAHUN!!
Kenapa jadi macam itu?
Mungkin, bayaran prinsipal kepada bank dikira sebagai pendapatan kita kerana apabila selesai tempoh pembayaran rumah terbabit akan menjadi milik penuh kita.
Jadi, apa penyelesaiannya?
Tak nak bayar lah…
Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan ‘pendapatan’ anda akan jadi lebih besar, extra point untuk buat pinjaman. Keburukan, mungkin cukai dikenakan ke atas anda lebih banyak. Sebab itu ramai yang tidak mahu isytiharkan pendapatan sewaan mereka. Terpulanglah.
Anda nak jadi pelabur yang macam mana?
Contoh Pengiraan Cukai Pendapatan Pelabur Hartanah kecil-kecilan
Sumber dari: brochure Lembaga Hasil dalam Negeri
Bayar Cukai Untung Pakai
Oleh sebab itu, ramai yang mengambil kelebihan untuk mengisytiharkan cukai dengan menggunakan borang B (iaitu orang perseorangan yang mempunyai pendapatan penggajian.) Jadi mereka dapat menggunakan beberapa teknik untuk menjimatkan cukai mereka.
Mereka akan menggunakan segala faedah yang diberikan secara maksimum daripada insentif cukai dan elaun dalam menguruskan cukai mereka. Janji, semua perbelanjaan ada rekodnya.
Apakah jenis-jenis dokumen dan rekod yang penting untuk bisnes, sewaktu proses pengiraan jumlah cukai yang perlu dibayar?
Berikut adalah contoh senarai rekod yang perlu disimpan. Ia dikongsikan oleh Dr. Choong Kwai Fatt (PhD).
===
8 Jenis item yang perlu simpan rapi.
===
1) Memiliki semua rekod berkaitan barang atau perkhidmatan yang dibekalkan atau diterima bagi tujuan perniagaan.
2) Invois cukai.
3) Penyata jualan.
4) Resit.
5) Nota debit.
6) Nota kredit.
7) Pengisytiharan eksport.
8) Semua rekod barang yang diimport.
Kita boleh simpan semua rekod ini dalam bentuk fizikal atau digital (dalam bentuk fail komputer). Manfaatkan teknologi semasa, supaya kita dapat simpan rekod-rekod bisnes yang sangat penting ini.
======
Jangan khuatir, isytiharkan pendapatan dan gunakan pelepasan, elaun dan rebat untuk mengurangkan cukai secara sah!
Nak tahu rahsianya, download ebook ini –> www.cukai.ebookduit.com
Nota: Artikel di atas adalah untuk maklumat am sahaja. Sila rujuk dengan perunding kewangan anda.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.