Topik yang bagi saya agak kontroversi. Cakap pasal ASB saja, mesti timbul halal atu haram. Cakap pasal ambil pinjaman untuk pelaburan ASB, mesti timbul untung atau rugi. Pelbagai persepsi.
Saya pernah tulis satu artikel mengenai Pinjaman untuk Pelaburan ASB pada tahun 2007. Perbincangan yang hebat. 99 komen. Ada yang marah dengan saya pun ada. Walaubagaimanapun, masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Tiada betul atau salah. Ianya bergantung pada ilmu dan displin bagaimana kita mengawal hutang.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Tapi artikel ini bukannya saya nak sembang mengenai pinjaman pelaburan ASB ini untung atau tidak. Tapi bagaimana untuk tunjuk kepada bank bahawa anda mempunyai pendapatan lain. Iaitu pendapatan porfolio daripada pelaburan ASB. (Tidak kira anda ambil pinjaman atau buat simpanan sendiri secara bulanan.).
Adakah Dividen & Bonus Pelaburan ASB Dikira Dalam Proses Pinjaman?
Ya, sudah tentu. Yang penting anda perlu buat kira-kira untuk pendapatan portfolio ini..
Sebagai contoh di dalam buku simpanan ASB anda:
Dan cara jalan pengiraannya ialah seperti berikut:
Tambah kesemua pendapatan dan bonus ASB anda pada tahun yang terkini, dan bahagikannya dengan 12 bulan. Maknanya anda akan mendapat purata pendapatan portfolio setiap bulan. Dalam kes ini, anda memperoleh pendapatan portfolio RM556.15 sebulan sepanjang tahun 2012.
Adakah ini penting?
Ya, sangat penting lebih-lebih lagi jika anda membuat pinjaman untuk pelaburan ASB ini. Ianya dapat menambahkan pendapatan anda sekaligus mengurangkan Debt Burden Ratio (DBR) anda.
Kita ambil satu contoh..
Jumlah Pinjaman ASB 2013 : RM100,000
Tempoh Pinjaman : 10 tahun
Bayaran bulanan : RM1,071 (Anggaran Kadar faedah 5.2%)
Dividen ASB 2014 :RM7,500 (dengan menganggap pinjaman di buat awal tahun dan tiada penambahan pelaburan)
Bonus ASB 2014 : RM100
Jika kita tidak buat pelarasan untuk jumlah pendapatan kita, bank akan nampak profil kewangan anda seperti ini…
Gaji Bersih : RM5,000
Komitmen : RM1,071
DBR : ( RM1,071 / RM5,000 ) x 100 = 21%
Tetapi, jika anda buat pengiraan tambahan pendapatan dari sumber portfolio ASB
Pendapatan portfolio bulanan : RM7,600/ 12 = RM630
Jumlah Pendapatn : RM5,000 + RM630 = RM5,630
DBR : (RM1,071/RM5,630) x 100 = 19%
Lebih banyak pendapatan porfolio anda, makin rendah DBR anda.
Kesimpulan
Ini adalah salah satu cara untuk tunjuk kepada bank bahawa anda mempunyai pendapatan lain dan menerangkan bahawa pinjaman ASB anda adalah untuk pelaburan yang menjana pendapatan.
Pastikan anda lampirkan salinan penyata ASB atau buku deposit ASB sebagai bukti.
Jika pembayaran pinjaman cantik, CCRIS cantik, jumlah duit dalam akaun ASB pun cantik, tiada masalah untuk anda lulus pinjaman.
Ada juga yang tanya saya bagaimana untuk rendahkan lagi DBR? Anda perlu banyak pendapatan. Inilah dinamakan Multiple Source Of Income. Mungkin saya tulis di artikel lain.
Terbaru.. saya sedang membaca dan memahami teknik-teknik hebat bagaimana memaksimakan ASB dengan cara yang genius. Tajuk sahaja sudah menarik apatah lagi dalam kandungannya. Tertarik dengan teknik menggandakan duit sedia ada dalam ASB dengan kuasa profit 5 kali ganda.. WOW!!
Uh.. saya tidak perlu cakap banyak. Nak tahu rahsianya, download ebook ini..
Nota: Artikel di atas adalah untuk maklumat am sahaja. Sila rujuk dengan perunding kewangan anda.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.