Jual Beli Sewa Hartanah adalah satu proses yang merumitkan dan kadang kala mengambil masa yang agak lama. Masalah yang sama juga sering dihadapi oleh bakal pembeli atau penyewa yang sedang mencari-cari rumah yang bersesuaian.
Oleh yang demikian, kami sebagai Perunding Hartanah yang berpengalaman akan membantu anda dalam memberikan penyelesaian terbaik.
Apa jua transaksi yang melibatkan hartanah di Lembah Klang (Rumah, Apartment, Shoplot, Office Space, Tanah Dan Lain-Lain)
Kelebihan Membeli Hartanah pada tahun 2022
Banyak unit dari pemaju tidak terjual atas beberapa sebab. Pandemik juga menyebabkan ramai pemilik hartanah terpaksa menjual hartanah mereka. Jadi ada peluang untuk mendapatkan ‘deal’ terbaik dari sumber ini. Kalau pandai cari, rumah baru daripada pemaju dijual pada 50% diskaun pun ada.
Anda boleh beli hartanah pada harga yang rendah dan modal yang sedikit.
Bila anda beli pada modal yang sedikit, potensi keuntungan anda kemudian hari adalah tinggi.
Penjimatan pada tahun ini akan memberikan pulangan yang lebih pada tahun-tahun akan datang. Lebih kurang modal yang dikeluarkan, lebih tinggi potensi untuk buat keuntungan.
Kelebihan Menjual Hartanah pada tahun 2022
#1 – Pengecualian CKHT/ RPGT
Tak perlu bayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)/ Real Property Gain Tax (RPGT) apabila anda mempunyai keuntungan atas penjualan rumah anda.
Kadar cukai bagi CKHT adalah berbeza bagi syarikat dan individu.
Pada Oktober 2021, kerajaan mengumumkan semasa Belanjawan 2022 bahawa, berkuat kuasa 1 Januari 2022, CKHT tidak lagi akan dikenakan ke atas pelupusan hartanah oleh pemilik individu bermula dari tahun ke-6. Ini bermakna kadar RPGT untuk pelupusan hartanah pada tahun ke-6 dan seterusnya selepas pemerolehan akan dikurangkan daripada 5% kepada 0%, berkuat kuasa mulai 1 Jan 2022.
Perlu tahu juga, setiap warga Malaysia mempunyai satu pengecualian cukai ini sekali seumur hidup.
Untuk mendapatkan pengecualian, ia tidaklah otomatik dan perlu dipohon oleh pihak peguam yang kita lantik untuk transaksi kita.
Saya berpendapat bagi siapa yang telah pasang niat sekian lama dan tidak mahu terlepas peluang mungkin inilah peluangnya.
#2 – Mencairkan Aset
Bagi sesiapa yang memerlukan kecairan aset yang cepat, ini merupakan waktu yang sesuai untuk mencari pembeli yang betul-betul motivated untuk membeli hartanah anda.
Walaupun keadaan ekonomi tidak beberapa stabil sekarang, terdapat juga segolongan pelabur yang mengambil kesempatan untuk membeli hartanah pada waktu ini. Dengan beberapa insentif daripada kerajaan bagi merancakkan sektor hartanah (Pengecualian duti setem & kadar pinjaman rendah)
Ini membuka ruang untuk proses perundingan dan sudah tentu ada proses penawaran. Bergantung pada nilai keuntungan atau cukup sekadar untuk menyelesaikan hutang tertangguh.
Sila isi borang di bawah bagi mendapatkan khidmat jual, beli & sewa dengan kami.
Borang Jual Beli & Sewa Hartanah 2022
Join My VIP Telegram channel. Klik di sini.
BACA ARTIKEL INI : 20 Langkah Mudah Membeli Rumah dan 6 Tips Menjual Rumah Anda Dengan Mudah dan Cepat