Menurut berita Awani News hari ini, sesiapa yang ingin meneruskan moratorium pinjaman sewa beli kenderaan (hire purchase), mereka harus memberi pengesahan secara formal kepada pihak bank. Ini termasuk pinjaman peribadi dan pinjaman islamik. Peminjam mempunyai 3 pilihan.
Sesiapa yang bercadang untuk mengambil moratorium pinjaman sewa beli kenderaan diberi 3 pilihan untuk pembayaran selepas moratorium iaitu :-
PILIHAN #1 – Membayar keseluruhan bayaran tertunggak selama 6 bulan bersama bayaran ansuran untuk bulan Oktober tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Kalau ansuran bulanan kita RM1,000 jadi bulan Oktober nanti kita perlu bayar RM6,000 (April – September) + RM1,000 (Oktober). Jadi jumlah pembayaran pinjaman ialah RM7,000.
Kalau kita pilih pilihan ini, kita tidak perlu membayar kadar faedah yang terakru tersebut.
Tapi ibarat kita tidak megambil moratoriumlah, cuma kita kumpul duit yang sepatutnya kita bayar itu, kemudian bayar secara lump sum bulan Oktober nanti.
PILIHAN #2 – Teruskan bayaran ansuran bermula bulan Oktober dengan tempoh pembiayaan dilanjutkan selama 6 bulan beserta kadar faedah (interest). (Update: 6 Mei 2020 – Kenyataan Media Menteri Kewangan).
Kadar faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan.
PILIHAN #3 – Bayar ansuran seperti biasa pada setiap akhir bulan (April hingga September). Ini bermakna peminjam dianggap tidak berminat untuk meneruskan moratorium pinjaman sewa beli kenderaan ini.
Kepada peminjam yang tidak membuat bayaran ansuran pada bulan April lepas, boleh membuat bayaran ansuran untuk April dan Mei selewat-lewatnya 30 Jun 2020 bagi mengelakkan caj lewat bayar.
BACA: 6 bulan moratorium untuk pinjaman bank (kecuali baki kad kredit)
Bank akan berkomunikasi secara email, surat, website dan juga secara SMS untuk menerangkan cara dan langkah perlu diambil untuk mengesahkan penerimaan moratorium.
Peminjam harus memberi pengesahan secara formal untuk menerima moratorium setelah dimaklumkan oleh pihak bank. Peminjam yang tidak membuat pengesahan formal kepada pihak bank dianggap tidak akan mengambil moratorium.
Pelik: Moratorium pinjaman sewa beli kenderaan Tanpa Faedah Tambahan?
Menurut seorang sahabat saya, Azrul, yang merupakan seorang Actuarial Consultant, beliau sendiri bagai tidak percaya pinjaman sewa beli kereta tidak dikenakan faedah langsung (lihat gambar).
Beliau juga berasa pelik sebab kebarangkalian ‘default’ (tak bayar) untuk pinjaman sewa beli kenderaan adalah lebih tinggi dan aset yang menyokong pinjaman sewa beli kenderaan adalah aset yang susut nilai.
Jikalau nak dibandingkan dengan pinjaman perumahan, harga rumah lebih stabil atau meningkat. Kadar faedah untuk pinjaman sewa beli kenderaan pula adalah tetap jadi bank tidak boleh suka-suka nak tambahkan kadar faedah.
Anda ada 3 pilihan
Jadi sekarang anda mempunyai 3 pilihan yang boleh anda pilih. Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.
Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa. Yang ada kemahiran untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.
Ada yang menyalahkan kerajaan pimpinan baru, cakap tak serba bikin dan suka buat U-Turn. Sabar kawan-kawan, kita dalam bulan Ramadhan.
Saya akui kenyataan yang diberikan ini agak lambat dan sepatutnya penerangan ini diberikan seawal bulan April.
Saya tetap memilih untuk mengambil moratorium sekarang ini. Cash is King. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi untuk bisnes saya untuk bulan yang mendatang.
Jadi, nasihat saya ialah untuk tunggu bank masing-masing untuk memaklumkan kepada anda apakah perbezaannya sebelum kita membantah. Kemudian, buat kira-kira balik dan perancangan yang seharusnya.
Jangan beremosi sangat sampai ajak benci bank.
#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.