OPR Turun: Ansuran Pinjaman Rumah Jadi Lagi Rendah!

OPR Turun

Kadar OPR Turun lagi buat kali keempat berturut-turut dalam tempoh masa yang singkat.

Dan ini menjadikannya kadar terendah semenjak 11 tahun dulu. Kembali kepada krisis kewangan global 2008-2009.

TempohPenurunan OPRKadar Penurunan
Mei 20193.25% kepada 3%0.25
Jan 20203% kepada 2.75%0.25
Mac 20202.75% kepada 2.5%0.25
Mei 20202.5% kepada 2.0%0.5

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa OPR bakal mengalami penurunan pada bulan Julai nanti. Penurunan sebanyak 25 mata asas menjadikan OPR, 1.75%. Masa tu dah jadi terendah dalam sejarah.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Effective rate untuk pembiayaan perumahan dari 3.8% akan turun kepada 3.05%.

Pembiayaan rumah RM500,000, setiap bulan akan ada pengurangan RM217. Setahun RM2604 dah jimat.

Secara amnya:

Bila OPR tinggi, kadar faedah pinjaman kita tinggi dan bayaran bulanan kita pada bank akan meningkat.

BACA: Apa Kesan OPR Naik kepada kita dan kenapa perlu ada perubahan OPR?

Bila OPR rendah, kadar faedah pinjaman kita rendah dan bayaran bulanan kita akan berkurang.

Apa impaknya bila kadar OPR turun ?

#1 – Kadar faedah pinjaman akan menurun.

Base Financing Rate & Base Lending Rate bagi setiap produk bank yang diberikan kepada pelanggan akan menjadi lebih rendah. Kesan langsung adalah bayaran ansuran bulanan kita kepada bank bagi kebanyakan produkpinjaman dan pembiayaan akan menurun.

Contohnya kalau dahulu kita kena bayar RM 1500 sebulan untuk pinjaman rumah. Kini akan ada penurunan sedikit. Ia terpakai bagi pelanggan sedia ada dan pelanggan baru.

Lebih murah untuk membuat pinjaman dan pembiayaan wang baru dari institusi kewangan untuk perniagaan dan individu.

Tapi kena ingat ya. Bukan semua pinjaman. Pinjaman yang berasaskan ‘floating interest’ saja yang akan terkesan. Tidak memberi kesan kepada pinjaman kereta yang menggunakan Kadar Tetap (Flat Rate)

Contoh macam pinjaman perumahan dan juga ASB Financing. Loan kereta atau personal loan tu, maaf. Tak terkesan dek penurunan OPR ni.

Ini bertujuan bagi memudahkan dan menambahkan jumlah pinjaman dan pembiayaan baru di Institusi Kewangan agar lambakan tunai yang disimpan oleh bank dapat segera berputar dalam ekonomi dan memberikan kesan baik kepada semua sektor dan peluang pekerjaan.

Ekonomi Malaysia akan terangsang. Ini menggalakkan kita berbelanja (dengan lebihan duit) selepas pengurangan komitmen bulanan kita.

#2 – Kadar Simpanan Tetap (Fixed Deposit) akan turun

Kadar FD yang sekarang akan menurun mengikut kadar OPR turun.

Bermakna, keuntungan untuk simpanan FD akan berkurangan, yang mana ramai rakyat Malaysia gunakan platform ni sebagai simpanan kecemasan.

Ini secara tak langsung mengurangkan galakkan rakyat dari menyimpan wang di bank kerana pulangan lebih rendah. Ini disebabkan kerajaan mahu rakyat berbelanja dan meminjam di bank untuk perniagaan masing-masing yang layak, bagi merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan serta lain-lain faedah.

BACA : OPR Turun kepada 2%. Apa Kaitannya Dengan BR dan Impak Kepada Platform Simpanan?

Berikut kenyataan penuh Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia

Keadaan ekonomi global nyata semakin lemah. Langkah-langkah untuk membendung pandemik COVID-19 telah menjejaskan kegiatan ekonomi di kebanyakan negara.

Penunjuk terkini memaparkan bahawa ekonomi global telah pun menguncup, dengan pertumbuhan global diunjurkan menjadi negatif pada tahun ini.

Keadaan kewangan juga semakin ketat dalam keadaan peningkatan penghindaran risiko serta ketidakpastian.

Langkah yang diambil oleh banyak negara untuk melaksanakan pelbagai rangsangan dasar di samping pelonggaran yang beransur-ansur terhadap langkah pembendungan di seluruh dunia akan mengurangkan sebahagian daripada impak COVID-19 ke atas ekonomi.

Prospek pertumbuhan akan bertambah baik pada tahun 2021 berdasarkan jangkaan bahawa pandemik ini dapat dibendung.

Di Malaysia, keadaan ekonomi dalam negeri turut terjejas akibat pandemik ini. Langkah pembendungan yang meluas di seluruh dunia, penutupan sempadan antarabangsa dan keadaan permintaan luar negeri yang seterusnya lemah akan memberikan kesan yang lebih besar terhadap kegiatan ekonomi dalam negeri.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan perlu dikuatkuasakan di negara ini untuk membendung virus ini daripada merebak, perintah tersebut juga mengekang kapasiti pengeluaran dan perbelanjaan. Keadaan pasaran pekerja juga dijangka ketara lebih lemah.

Keadaan ekonomi akan menjadi sangat mencabar, terutamanya pada separuh pertama tahun 2020. Namun demikian, langkah-langkah rangsangan fiskal bersama-sama langkah monetari dan kewangan akan menyokong ekonomi.

Berikutan langkah membenarkan lebih banyak perniagaan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kegiatan ekonomi dijangka bertambah baik secara beransur-ansur.

Prospek pertumbuhan terus dipengaruhi oleh keadaan ketidakpastian yang tinggi, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan pandemik ini.

Tekanan inflasi dijangka menjadi sederhana dan purata inflasi keseluruhan mungkin menjadi negatif pada tahun ini, terutamanya disebabkan oleh unjuran harga minyak dunia yang ketara lebih rendah.

Namun demikian, prospek inflasi akan terus dipengaruhi dengan ketara oleh harga minyak dan komoditi dunia, serta keadaan permintaan yang kian berubah.

Inflasi asas dijangka rendah memandangkan unjuran prospek pertumbuhan dalam negeri dan keadaan pasaran pekerja yang lebih lemah.

Sektor kewangan negara terus teguh dengan institusi kewangan beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh. Keadaan mudah tunai kekal lebih daripada mencukupi, dengan diperkukuh oleh suntikan mudah tunai oleh Bank Negara Malaysia.

Sejak bulan Mac 2020, Bank Negara Malaysia telah menyediakan mudah tunai tambahan kira-kira RM42 bilion ke dalam pasaran kewangan domestik, melalui pelbagai instrumen termasuk pembelian sekuriti kerajaan secara terus, repo berbalik dan pengurangan dalam Keperluan Rizab Berkanun.

Bank Negara Malaysia bersedia untuk menyediakan mudah tunai kepada pasaran antara bank bagi memastikan keadaan pasaran adalah teratur dan terus kondusif bagi menyokong aktiviti pengantaraan kewangan.

Susulan keputusan yang dibuat hari ini, OPR telah dikurangkan sebanyak 100 mata asas dengan itu menyokong langkah-langkah monetari dan kewangan Bank Negara Malaysia yang lain serta langkah-langkah fiskal pada tahun ini.

Kesemua langkah ini akan mengurangkan kesan ekonomi ke atas sektor perniagaan dan isi rumah serta menyokong kegiatan ekonomi untuk menjadi bertambah baik.

MPC akan terus memantau prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi. Bank Negara Malaysia akan menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Nota kongsi :

Di saat sukar menghadapi krisis COVID-19 jom sama-sama kita ambil langkah bersedia.

Apabila OPR turun, ini ialah satu penanda keadaan ekonomi negara agak lemah dan perlu dirangsang. Jom bantu negara untuk merangsang ekonomi bersama.

Contoh rangsang ekonomi yang simple ialah keluarkan duit bawah bantal anda dan pergi berbelanja di kedai-kedai yang berdekatan.

 Ekonomi akan ambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

Malaysi perlukan lebih banyak pergerakan wang dalam kitaran ekonomi. Jadi bila terdapat pengurangan kadar faedah terjadi, ada lebihan tunai di tangan rakyat. Maka mereka berbelanja untuk menggerakkan ekonomi.

Jadi simpanlah mana yang perlu sebagai tabung kecemasan dan selebihnya belanjalah untuk keperluan bukan kemahuan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply