Pelepasan Gadaian Bila Dah bayar Habis Rumah dan Dah Jual Rumah

Pelepasan Gadaian

Sebenarnya artikel ini berkisar kepada satu soalan whatsapp yang saya terima daripada seorang kenalan akhir minggu lepas. Rumahnya sudah habis dibayar dan ada peguam yang tidak diundang hubungi untuk urusan pelepasan gadaian.

Pertanyaan beliau, boleh uruskan sendiri atau tidak? dan betul ke ada caj dari peguam?

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Bila anda jual rumah anda ataupun sudah buat full settlement pinjaman perumahan anda, anda akan diminta oleh pihak bank untuk melantik peguam untuk buat pelepasan gadaian.

Jika anda tak lantik mana-mana peguam, biasanya pihak bank akan lantik panel peguam mereka sendiri.

Baik, untuk pertanyaan boleh uruskan sendiri atau tidak, daripada ilmu yang saya belajar, boleh buat sendiri dengan kos yang sangat rendah. Tak sampai RM100 pun.

Tapi, anda kena sanggup untuk turun naik bank dan pejabat tanah. Sediakan dokumen itu dan ini.

Ini belum lagi kes yang masih lagi mastertitle. Strata/ Individual title pun cara menguruskan pun dah lain. Serabut banyak. Bukannya serabut sikit.

Lebih memenatkan, bila kita tak tahu proses melepasakan gadaian ini berlaku. Kalau kira-kira dengan penat, kos tambahan ulang alik, kos masa, nasihat saya lebih baik lantik seorang peguam untuk urusan A sampai Z. Ini tak termasuk dokumen anda kena reject sebab tak lengkap atau sebagainya. Lagi penat.

Apabila kita menerima surat settlement daripada bank, maknanya masa kita telah tiba untuk membuat pelepasan gadaian (Discharge of Charge). Proses ini mewajibkan pihak bank memulangkan hartanah yang dipegang sebagai cagaran kepada kita setelah kita melangsaikan sepenuhnya pinjaman.

Apakah Dokumen yang terlibat dalam proses pelepasan gadaian?

Menurut Salmiah Salim & Partners,  proses ini terbahagi kepada dua, iaitu:

#1 – Hartanah yang telah mempunyai geran (Strata/ Individual title)

Untuk kes ini, peguam yang dilantik akan menyediakan Borang 16N Kanun Tanah Negara (Borang Melepaskan Gadaian). Selain dari borang tersebut, Borang Penukaran Nama juga mungkin terlibat sekiranya bank sudah bertukar nama.

Borang-borang tersebut perlu ditandatangani oleh pihak bank atau institusi kewangan yang terlibat yang mana, borang-borang tersebut akan di bawa ke pejabat tanah berkaitan untuk didaftarkan melepaskan gadaian. Nama bank atau institusi kewangan yang sebelum ini tercatat di dalam geran hartanah sebagai pemegang gadaian akan dihapuskan selepas proses pendaftaran oleh pejabat tanah.

#2 – Hartanah yang belum lagi mempunyai geran (Mastertitle)

Peguam yang dilantik akan menyediakan Deed of Receipt and Reassignment (DDR). Setelah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu peminjam dan bank atau institusi kewangan, DRR akan dibawa ke Mahkamah Tinggi tempat di mana Power of Attorney didaftarkan, untuk proses pembatalan.

Untuk hartanah jenis ini, proses pelepasan gadaian ini tidak melibatkan pejabat tanah. Peguam perlu memberikan satu salinan DRR kepada pemaju setelah pembatalan dibuat untuk mengemaskini rekod mereka bahawa hartanah sudah tidak dicagarkan lagi kepada mana-mana bank atau institusi kewangan. Dalam situasi ini, Peguam akan membekalkan salinan asal DRR untuk simpanan peminjam.

pelepasan gadaian

Berapa kos untuk pelepasan gadaian?

Untuk DRR dan Discharge of Charge nii, ada yuran guaman juga. Bagi DRR yuran guaman ialah RM400 dan Discharge of Charge RM300.00. Tapi perlu diingat, ini cuma yuran guaman sahaja tau. Jangan pula marahkan peguam sebab caj mahal.

Sebab selain yuran guaman, dalam invois cukai peguam itu akan dimasukkan sekali stamping fee, registration fees dan disbursement yang lain dan jugak GST.

Kalau anda nak tahu details dan jumlah tepat, anda perlu hubungi peguam berdekatan atau kawan anda yang jadi peguam conveyancing okay. Kalau nak saya rekomenkan peguam pun, saya boleh rekomen kan. Just give me a call or whatsapp. Alright.

Auf wiedersehen!

 


Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

4 Comments

  1. Raziah Ramli 13/03/2020
  2. Mel 07/12/2020
  3. aeri 13/09/2021

Leave a Reply