Mulakan Kerjaya Anda di dalam Industri Hartanah Bersama Saya!
Kerjaya dalam Hartanah?

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau RPGT 2021

Nak jual rumah tahun 2021? Ada bonus untuk anda: Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Ulangkaji sedikit: Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) / Real Property Gains Tax (RPGT) ialah cukai yang akan dikenakan atas keuntungan bersih yang anda dapat dari penjualan hartanah.

Boleh teruskan bacaan di Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Kadar CKHT Yang Terkini

Seperti yang kita tahu sebelum ini pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah hanya terhad kepada keadaan berikut sahaja:.

i- Pengecualian 1: untuk 1 buah kediaman persendirian sekali seumur hidup.

ii- Pengecualian 2: pemindahan pemilikan sebagai hadiah antara ahli keluarga (suami&isteri, ibubapa&anak, datuk/nenek&cucu sahaja)

iii- Pengecualian 3: RM 10,000 atau 10% daripada keuntungan cukai (yang mana lebih tinggi)- Keuntungan Bercagar Bersih = Keuntungan Bercukai – Lebih tinggi daripada RM10,000 atau 10% Keuntungan Bercukai.

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau RPGT 2021

Namun, melalui Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada pengecualian tambahan untuk penjualan Hartanah sehingga 31 Disember 2021 iaitu:

i- Mestilah warganegara Malaysia

ii- Hartanah untuk RUMAH KEDIAMAN sahaja.

iii- Jualan mesti dilakukan mulai 1 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2021.

iv- TERHAD kepada 3 unit rumah kediaman sahaja.

v- Hanya kediaman yang diperoleh secara pindahmilik atau pemberian sebelum 1 Jun 2021 diberikan pengecualian cukai.

Sebelum ini, pengecualian cukai keuntungan harta tanah ini hanya diberikan untuk sebuah rumah sahaja, sekali, seumur hidup.

Sewaktu proses penjualan rumah, pihak peguam akan mengemukakan dokumen dan lampiran berkaitan kepada pihak LHDN. Setelah diproses, penjual biasanya akan menerima surat atau penyata daripada LHDN berkenaan pengecualian cukai ini. Sila kongsikan jika bermanfaat.

Jadi, jika anda ingin menjual rumah pada tahun ini, bolehlah buat kira-kira ya. Banyak juga anda boleh jimat melalui pengecualian ini.

Kalau dah jual, cepat-cepat buat permohonan untuk pengecualian ini. Bukan automatik ya! Beritahu peguam anda. Mereka sudah pastinya akan membantu dalam permohonan dan serahan Borang CKHT 1A dan juga Borang CKHT 3 untuk memohon pengecualian tersebut.

Nak jual rumah? Isi borang di sini –> Jual Beli Sewa Hartanah

Ingin tahu analisa pasaran dan hasil sewaan hartanah anda? Hubungi saya untuk sesi konsultasi eksklusif dan strategi pelaburan hartanah yang selamat!
Kongsikan ilmu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penafian

Maklumat yang dikongsi di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau percukaian rasmi. Segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah atas risiko anda sendiri. Pemilik portal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan maklumat dari laman ini. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang transaksi.