Anda seorang penjawat awam? Tahukah anda bahawa anda mempunyai satu kemudahan yang orang lain tidak dapat merasainya? Iaitu kemudahan dari segi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah. Jika anda bercadang untuk membeli kediaman sendiri adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan.
Ini kerana faedah pinjaman yang berkadar tetap pada kadar 4% yang terbaik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana bank lain (4.5% – 5.5%). Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Sekiranya anda berpeluang menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah anda, dapatkannya kerana ianya amatlah berbaloi.
Jadual kelayakan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah
Berikut ialah jadual kelayakan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah yang terbaru dikemaskini pada 1 Januari 2017.
Apakah kelayakan pinjaman?
- Kelayakan pinjaman berdasarkan jadual kelayakan di atas. Jika anda bergaji bulanan hakiki sebanyak RM6,500 maka anda layak untuk meminjam RM562,000 untuk pembelian hartanah.
- Bagi pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Manakala pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
- Segala potongan gaji di dalam slip gaji tidak akan dikira. Termasuk juga pinjaman dengan pihak bank.
- Segala pinjaman haruslah mendapat kelulusan ketua jabatan untuk menyokong permohonan pinjaman anda.
Skim Pencen VS Skim KWSP
Untuk semua penjawat awam yang masih bertugas, boleh menikmati pembiayaan ini. Tetapi tertakluk kepada skim penjawatan masing-masing. Di dalam penjawatan, anda perlu tahu samada anda dalam skim pencen atau skim KWSP.
Jika anda skim Pencen,
Tempoh pembiayaan tidak melebihin 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana yang terdahulu.
Bagi skim KWSP,
Terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu. Jika umur anda sekarang ialah 35 tahun dan umur tamat perkhidmatan ialah 55, maka anda boleh menikmati tempoh pembiayaan selama 20 tahun sahaja.
Perlindungan Insurans MRTT
Takaful untuk melindungi baki pinjaman adalah WAJIB dan mesti mengikut tempoh penuh pinjaman.
Kalkulator LPPSA
Bagi memudahkan pengiraan kelayakan dan jumlah pembayaran ansuran bulanan pinjaman, anda boleh menggunakan KALKULATOR PEMBIAYAAN – LPPSA
Permohonan Pinjaman
- Pemohon hendaklah menggunakan borang online untuk menghantar permohonan. Klik di sini.
- Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Jabatan. (Hanya untuk tentera & Polis)
- Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan melibatkan pemaju/kontraktor/peguam/arkitek bagi melindungi kepentingan kerajaan.
- Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan yang melibatkan pemohon yang pernah melanggar syarat pinjaman perumahan Perbendaharaan.
- Perbendaharaan Malaysia berhak untuk membatalkan pinjaman sekiranya didapati peminjam telah melanggar syarat pinjaman perumahan.
Kelulusan Pinjaman
Jika tiada sebarang masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam masa seminggu.
Maklumat Lanjut boleh layari –> Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Salam. En. Najib, sy dah beli clusyer house pd 2009. Rm262k. Deposit rm22k. Loan gomen masa tu lps rm240k jer. Bulanan rm1317. Skrg merancang utk beli rumah di kuantan. Blh guna loan gomen lg ke? If follow table loan, sy layak utk loan rumah rm500k.
Salam Hayusnida,
Tidak boleh. Cik Puan mesti telah menyelesaikan hutang pinjaman pertama. Jika cik puan hendak memohon pinjaman kedua, terlebih dahulu cik puan kena melunaskan semua baki pinjaman perumahan kali pertama secara sekali gus (lump-sum). Hitungan rebat yang muktamad boleh diperoleh terus dari Bahagian Pinjaman Perumahan dengan menulis surat permohonan rasmi kepada mereka.
salam tuan,
Saya nak tanya layak tk buat pinjaman 100%?gaji hakiki RM1750..rumah yg ingin dibeli RM130k…penilaian hartanah RM130k…ikut kiraan Etiqa insurance RM669..gaji bersih skrg tggl RM1070..
Askum en najib…saya nak bertanya…saya baru nak beli rumah ke 2 yang berharga rm168ribu…sekiranya potongan dalam slip gaji saya tinggi, bolehkan saya menggunakan S&P rumah pertama (loan bank) sebagai sokongan pendapatan sampingan untuk kelulusan loan kerajaan saya kelak.rumah tersebut telah saya sewakan selama 7 tahun dan ada buat perjanjian penyewaan….terima kasih.
Jika menggunakan pinjaman kerajaan, tidak perlu. Pinjaman kerajaan hanya berpandukan dengan Gaji Hakiki, Jumlah potongan sahaja.
Good Info
Assalamualaikum…loan gov sy utk bli rumah tlh diluluskn n menunggu masa je nk dpt kunci rumah..cume sy musykil adakah potongan loan rumah n loan peribadi dlm payslip yg melebihi 60% dibenarkn..sb sy ad bertanya kerani di tmpt sy bekerja katanye kedua2 pinjmn tersebut tidak blh melebihi 60% potongan gaji..mohon pencerahan..tk
Salam..
Memang betul, jumlah semua potongan gaji hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun. Tetapi syarat ini tidak terdapat dalam peraturan pinjaman kerajaan untuk perumahan. Syarat tidak lebih 60% hanya diguna pakai untuk pijaman kederaan, komputer, personal loan. Sebab itu loan gov masih diluluskan walaupun ianya sudah melebihi 60%.
Assalam tuan, kelayakan sy RM400k. Sy nak beli rumah harga RM250k (apartment dah siap)
Sy ada 2 soalan:
1. Bolehkah sy apply utk dpt full loan sebanyak RM250k? Atau sy kena setelkan bayar deposit dulu then baru apply loan gomen utk baki harga rumah?
2. Boleh ke saya deal dgn penjual utk mark up sedikit harga utk sy buat pinjaman lebih? Atau jumlah pinjaman yg diluluskan bergantung kpd penilaian JPPH?
1) Jika nilai pasaran yang dinilai oleh Jabatan Penilaian RM250k, boleh. Kena bayar deposit dan membuat perjanjian jual beli terlebih dahulu. Terdapat juga government loan broker yang boleh uruskan semuanya.
2) Ianya bergantung pada JPPH
Selamat sejahtera.
Saya mahu tanya..
Jika ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan, selepas bayar 3% booking fee apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu tunggu S&P siap dibuat oleh lawyer baru isi borang permohonan BPP dan JPPH atau saya kena isi kedua2 nya sebelum S&P siap.
Dan apakah boleh jika saya membayar 3% itu by hand dan tidak melalui lawyer.
Terima kasih.
Assalamualaikum Tuan,
Saya mahu membeli sebuah rumah kos rendah sebagai Rumah Pertamaku melalui loan kerajaan.
Saya sebenarnya tidak memahami cara pengiraan kos awal yang perlu saya bayar kepada pihak pemaju seperti kos untuk booking, legal fees, lawyer fees, duti setem.
Harga rumah RM 128,000.00
Pemaju meminta saya memberi pendahuluan sebanyak Rm3000 sebagai kos booking termasuk legel fees + lawyer fees.
Kos lawyer ditanggung oleh pembeli yang berkemungkinan perlu ditambah lagi jumlahnya dari jumlah RM 3000.00 tersebut.
1) Jadi, jumlah pinjaman yang perlu dipohon sepatutnya berapa?Adakah permohonan pinjaman adalah jumlah yang sama harga rumah (RM 128,000.00)atau kurang dari harga rumah (RM 128,000.00 – RM 3000.00 = RM 125,000.00)?
2) Dan sekiranya berlaku kesilapan daripada pihak pemaju/lawyer dalam proses penyediaan dokumen, adakah kos penyediaan dokumen baru harus ditanggung lagi oleh pembeli?
3) Dan seandainya rumah yang ingin dibeli tersebut didapati mempunyai kecacatan (contohnya dari segi pendawaian yang caca-merba yang memerlukan pemeriksaan dengan adanya penyambungan bekalan elektrik,- semasa pemeriksaan dilakukan pembeli tidak tahu pun pendawaian adalah baik atau tidak kerana tiada bekalan elektrik) setelah tandatangan S&P, adakah pemaju harus membaikinya?Dan sekiranya,mereka tidak mahu membaikinya, apa yang harus dilakukan?
4) Sekiranya pembeli ingin menggunakan khidmat peguam lantikan sendiri dan tidak mahu menggunakan peguam yang dicadangkan/dilantik oleh pihak pemaju, apakah yag harus pembeli lakukan?
Mohon penjelasan dan tunjuk ajar tuan.
1) Harga rumah boleh mengikut syarat kelayakan pinjaman. Berapa gaji pokok dan berapa jumlah potongan.
2) Kesilapan pemaju, harus tuntut daripada pemaju.
3) Minta pemaju uruskan.
4) Selalunya pemaju akan berkeras untuk menggunakan peguam mereka.
Salam,
Saya ingin membuat dan layak membuat pinjaman perumahan berjumlah 174k. saya ingin tau berapa komitmen bulanan yang perlu saya tanggung.
Terima kasih
Waalaikumsalam.. Komitmen RM840 sebulan untuk 35 tahun, rate 4.65%
Assalammualaikum Tuan,
Saya ingin membuat pinjaman sebanyak RM 560 000, berdasarkan tangga gaji saya . Jumlah potongan sedia ada dalam payslip adalah RM 2980.31. Gaji pokok saya RM6818.76, adakah saya layak mendapat pinjaman perumahan secara penuh iatu rm 560 000 dan jika dikira secara rumah tersebut saya perlu bayar RM 3300.00/bulan..adakah jumlah potongan kesemuanya telah melebih 60% dan bolehkah ia diluluskan?
Terima Kasih atas perhatian…
Gaji pokok RM6818.76
Kelayakan Pinjaman RM562,000.
Anggaran balik pinjaman RM3300.
1) Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa. 60% Gaji pokok = RM4100
2) Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa.
pilih mana yang TERENDAH…itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara.
Thank you very much for your clear and helpful explanation…
Assmualaikum…saya ingin bertanya, saya ingin membeli rumah. Kiranya rumah pertama dengan gaji pokok rm1514 jika dicampur elaun rm 2109 tetapi selepas ditolak kuarters dan personal loan gaji bersih rm1151. Berapakah hrg rumah yg saya layak dan adakah saya perlu sediakn 10% sebelum mohon loan gov. Dan apakah steps utk membeli rumah loan gov. khususnya untuk kakitangan awam memiliki rumah pertama.
a) Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pokok (RM260,000)
b) Ya, perlu untuk rumah subsales. Modal lebih kurang 15% = 39,000. 3% harus dibayar terlebih dahulu sebagai wang tanda jadi. Walaubagaimana pun, boleh berunding dengan penjual dan peguam, untuk membuat pembayaran baki 7% dan yuran guaman selepas mendapat loan kerajaan.
salam tuan….sy nk bertanya tentang kelayakan utk lulus loan gov..
Basic rm 4326.19
Jumlah semua tmasuk elaun rm 5286.19
Potongan semasa tmasuk insuran p.loan ngan kuarters rm 2619.19
Baki bersih semasa rm 2667.00
Berdasarkan pernyataan ni bleh lulus ke?gov loan sy?…
rumah yg sy nk bina harganya rm 260000
Gaji pokok, RM4326.19
Kelayakan pinjaman : RM475,000
Nilai yang dipinjam : RM260,000
Boleh check berapa anggaran bayaran bulanan tuan di sini –> http://bpp.etiqa.com.my/index.php?tpt=bpp&act=takaful&ch=pinjaman&pg=pg_takaful_mpr_pengiraan
1) Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa.
2) Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa. 60% Gaji
T.kasih tuan atas penjelasan…maksudnya klu gaji bersih yg sy ckp tu mmg xlepas le buat pinjaman 260000 tu?
Tuan dah check di link yang saya berikan? Tarikh lahir dan sebagainya diperlukan untuk mengira bayaran bualanan tuan.
Katakanlah ansuran bulanan tuan apabila sudah dikira, RM1300.
1) 4326 x 60% = RM2595
2) 5286 x 60% = RM3171
pilih mana yang TERENDAH…itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara.
Untuk pinjaman 260k, permohonan tuan akan diluluskan
Tima kasih tuan…skang sy dh faham…kalau ikut kalkulator link yg diberikan jumlah bayaran balik pinjaman rm 1431.39 sebulan utk 25 tahun…
Assalamualaikum tuan,
Saya nak buat pembelian rumah pertama dengan pinjaman perumahan kerajaan. Saya layak pinjam rm350,000..tapi rumah yang ingin dibeli harga rm250,000. Pinjaman kerajaan akan dibagi based on harga rumah atau tetap dapat rm350,000 atau dapat baki dari rm350,000-rm250,000?
Based pada nilai belian rumah.
salam tuan..mohon penjelasan
saya ingin beli rumah berharga rm358000, gaji pokok rm2672.94, total semua termasuk elaun rm4320, potongan sediada dlm payslip untuk kwsp rm425, Personal loan rm501,
Saya telah sediakan baki rm8000 simpanan untuk lebihan harga rumah tersebut.
Adakah layak saya memohon 350000 pinjaman seperti jadual pinjaman bpp? terima kasih tuan atas perhatian
Gaji pokok RM2672
Kelayakan Pinjaman RM350000
Anggaran balik pinjaman RM1750
1) Ansuran pinjaman rumah tidak boleh lebih 60% dari gaji pokok = RM1603
2) Ansuran semua potongan tidak boleh lebih 60% dari gaji kasar = RM2592 (1750 + 425 + 501 = RM2676)
Boleh check berapa anggaran bayaran bulanan tuan di sini –> http://bpp.etiqa.com.my/index.php?tpt=bpp&act=takaful&ch=pinjaman&pg=pg_takaful_mpr_pengiraan
Melalui pengiraan adalah tipis. Tetapi ada kes yang saya buat lepas.
Assalamualaikum…boleh tlg jelaskan…
gaji pokok = 2860
Elaun = 750
Jumlah gaji = 3610
Gaji bersih 2100 layakkah saya memohon pinjaman perumahan 170000?
Gaji pokok = RM2860.. Kelayakan pinjaman = RM350,000
Layak..
Assalamualaikum…
Sy dlm proses nk bli rumah & sy merupakn owner ke3 utk rumah yg bakal sy bli ni..2nd owner bli rumah secara lelong dr 1st owner..lawyer bgth mgkn loan sy BPP x approve sbb sy 3rd owner & lawyer tu pernah ade pglmn tentang tu sblm ni..yg jd persoalan skrg ni kenapa plak loan x approve..?mohon pencerahan ye tuan…
maklumat yang diberikan sangat sedikit. Banyak kemungkinan.
Contoh: masih lagi mastertitle, developer bankrupt, tidak tahu siapa lequidator etc.
As salam tuan..saya ada sdikit kemusykilan..saya ingin membeli rumah second hand dan ingin buat loan kerajaan..adakah kos peguam dan segala kos sampingan saya kena uruskan sendiri??atau tidak.tq tuan.
ya, segala kos berkaitan dengan guaman mesti dilangsaikan sendiri.
salam,saya ingin brtanya ttg kmuskilan yg sya hadapi.gaji hakiki sya mlayakkan sya untuk pnjaman 400k,dan rumah yg ingin dbeli bnilai 386000,potongan pada slip gaji saya tidak melebihi 60% slepas ditambah dgn bulanan pinjaman perumahan.tetapi komitmen sya d luar slip gaji adalah kreta,pnjaman peribadi,kad kredit dan asb.dan kalau ini di ambil kira,komitmen keseluruhan sya mmg tidak layak.prsolan sya d sini.adakah pnjaman prumahan krajaan hanya brdsarkan komitmen pada slip gaji smata2 atau bkmungkinankah rekod komitmen bulanan sya dpat dikesan dan di ambil kira,sterusnya tidak melayakkan pnjaman perumahan sya.skian..moga saudara dapat tolong prjelaskan kemuskilan yg sya hadapi ini.tq
bahagian pinjaman kerajaan tidak melihat rekod diluar slip gaji.
Assalamualaikum encik ..sy nk tye…sy nk bli ruma arga rm 230k….sy bole buat pijaman smpi rm 320k…bole x sy wat loan penuh rm 320k..sbb nk wat renovation rumah..?
tgk pada nilai hartanah. Jika lebih dari 230k, maka tidak boleh.
salam tuan,
saya xtahu nak buat pengiraan..mohon tuan bantu..
gaji pokok=rm3195
gaji pokok+ elaun=rm3910
potongan=rm1600
gaji bersih =rm2300
nak buat loan rm330k
lepas tak nak buat loan sebanyak itu..
tq tuan..
1) syarat kelayakan = RM400k
2) 60% dari gaji kasar = RM1917
3) 60% dari gaji bersih = RM1380
loan 330k, lihat pada installment di http://bpp.etiqa.com.my/index.php?tpt=bpp&act=takaful&ch=pinjaman&pg=pg_takaful_mpr_pengiraan
anggaran 1400, maka layak.
Salam..mohon pencerahan.. sy bru sign snp utk rumah bernilai 300k. Sudah byar dp 30k. sy sudah mohon loan 300k bulanan 1460. Gaji basic sy 3552. Elaun 900. Total kasar 4452. Potongan loan.zakat. ialah 1662. boleh lulus ke pinjaman 300k itu..mohon pertolongan. Sgt brharap dpt llus
1) syarat kelayakan 475k..
2) 60% dari gaji pokok = RM2131
3) 60% dari gaji bersih = RM1674
Cik puan layak.
As salam tuan..
Pohon bertanya..
Rumah ingin dibeli = RM403,880
Gaji Pokok = RM 3,031.73
Gaji Pokok + Alaun = RM 4,081.73
Gaji Bersih setelah ditolak potongan dalam slip gaji = RM 3,920.73
tetapi kelulusan yang BPP berikan hanya RM 361,000.00 dengan ansuran bulan RM1,821.15.
saya musykil kenapa saya tidak mendapat kelulusan penuh ataupun kelulusan sehingga RM400k memandangkan sekiranya ditolak dengan ansuran yang diluluskan gaji saya masih berjumlah RM2,099.58.
terima kasih tuan..
Salam tuan Redzuan,
60% dari gaji pokok, RM1515, maka tuan tidak akan mendapat kelulusan penuh.
Sy pnh semak kelayakan dgn bpp…mmg layak cuma ia mengambil kira potongan 60%.. saya x berapa jelas tntang pengiraan ini..
gji pokok sy 3756.77,
Gji bulanan 4506.77
Gji bersih 2152.37
Berdasarkn pengiraan yg sy kira 1)60% gj pkok 2254
2) 60% gji bulanan 2704
Mksudnyer byran bulanan ansuran rumah x blh mlebihi mane2 kiraan diatas ke?
Byaran bulanan ansuran 1400…kiranyer pinjaman sy blh lulus ke?
gaji pokok 3756, maknanya kelayakan 475k… cik puan layak..
ansuran 1400, kurang daripada 60% gaji pokok, cik puan layak
ansuran 1400 + potongan sedia ada, mesti kurang 60%, maka sekali lgi puan layak
salam tuan..
nk tya klu gov loan akn tgk komitmen luar slip gj ke?ex:loan kereta..sy nk apply loan hrga rumah 130k,klu ikt klykan sy 260k…
gj ksar 2000++
-ptgan 620
=gj bersih rm1700++
layak ke nk apply??harap tuan dpt jelaskan..tq
Loan gomen tak tengak pada komitmen luar payslip.
saya rasa tidak jadi masalah.
Tuan,
Gaji pokok = RM2,478.00
Elaun = RM900.00
Potongan (KWSP + Angkasa) = RM1,044.00
Gaji Bersih = RM2,334.00
Nilaian hartanah yang saya nak beli ialah RM260,000.00. Tahun 2016 saya berusia 29 tahun. Adakah layak saya mendapat 100% pinjaman kerajaan? Berapakah anggaran bayaran bulanan tersebut?
Gaji pokok, 2478, kelayakan pinjaman = 320k
nilai hartanah, 260k, installment 1300
1) 2478 * 0.6 = 1468… tidak melebihi 60% gaji kasar
2) 3378 *0.6 = 2026.. jumlah potongan 1044+1300 = 2344..
ikut kelayakan maksima, anda masih layak..
salam tuan sy nk buat loan rumah sbyak rm350k…
gaji pokok 2680
gaji kasar 3340
potongan total 1031 *(500 potongan utk isteri) dapat balik
lepas ke untuk loan tersebut? boleh tinggal no fon tuan skali.10q
gaji pokok = RM2690, kelayakan pinjaman = RM350,000
1) anggaran saya (sebab saya tidak tahu umur, tempoh pinjaman), installment bulanan 1500, ansuran tidak melebihi 60% (tidak melebih Rm1614)
2) jumlah potongan = 1500 + 1031 = RM2531. Gaji kasar RM3340 x 0.6 = RM2016. Jumlah potongan melebihi jumlah yg dibenarkan. Jika potongan isteri boleh di dapat semula, sila jumpa dengan pegawai di Lembaga Pinjaman Perumahan.
Salam tuan, saya ada sikit kemusykilan. Saya dengan isteri hendak buat goverment loan for housing RM 283000 selama 30 tahun. Bolehkah saya habiskan cepat baki hutang itu tanpa perlu tunggu 30 tahun seperti dengan bank-bank konvesional yang lain. Berapa tahun minima untuk kurangkan/langsaikan baki hutang? Terima kasih.
Salam, saya rasa boleh. Tiada halangan dan saya rasa tiada tahun minima untuk langsaikan hutang. Nak bayar cash atau refinance?
Salam. Sy ingin btanya. Adakah benar pndapat yg mengatakan semakin pjg tempoh pinjaman, semakin bagus utk peminjam. Apa rasionalnya di situ? Sy agak kurang faham.
Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin sedikit jumlah bayaran bulanan. Sangat disarankan untuk hartanah pelaburan. Untuk hartanah pelaburan, selalunya kita tidak akan pegang lama untuk sesuatu loan. Mungkin kita akan refinance atau kita akan jual. Jadi, jika bayaran bulanan rendah, kita akan dapat positif cash flow dari sewaan dengan lebih banyak.
Jika rumah duduk sendiri, lagi cepat habis lagi bagus.
Assalammualaikum… bro najib,
pertanyaan mselim3 :
Boleh x mselim3 membuat loan perumahan dengan gov. untuk rumah kedua sekiranya loan perumahan pertama belum settle … adakah perlu settle loan rumah pertama dulu baru buat loan rumah kedua pulak…
Waalaikumsalam Tuan,
Boleh proceed untuk membuat loan yang kedua, asalkan DBR/DSR masih lagi OK. Dan bukan loan kerajaan.
Assalamualaikum tuan mohon penjelasan pinjaman perumahan nak bina rumah atas milik tanah sendiri, apakah syarat-syarat memohon pinjaman dan berapa lama prsoes ?
Gaji pokok : RM 2150.00
Elaun : RM 800.00
Jumlah Gaji : RM 2950.00
Saya rasa artikel ini dapat membantu anda..
http://www.mohdelam.com/mortgage-3/panduan/membina-rumah-diatas-tanah-sendiri/
salam sy nk beli rumah harga rm155000. gaji pokok rm 1550 tapi gaji sy hanya tinggal rm1070 setelah tolak loan2 lain. anggaran potongan sebulan rm770 boleh ke sy buat loan rumah. lepas @ tidak? mohon pencerahan.
gaji pokok = RM1550, kelayakkan pinjaman hanya RM150,000 sahaja. Tidak lepas.
salam tuan
gaji pokok 1117.03
gaji kasar 1782.03
gaji bersih 1564.03
potongan 218
ansuran bulsnan 716
kelayakan 150k
harga rumah 170k.20k bayaran tunai
layak kah sy mndapt pnjaman penuh sebanyak 150k tersebut..bagaimana dgn mksud bayaran ansuran tidak boleh melebihi 60%dpd gaji hakiki tu
ansuran RM716
tidak melebihi 60% dari gaji pokok, RM670 (ansuran 716)
tidak melebihi 60% dari gaji kasar, RM1069 (total potongan baru 934)
Mungkin tidak lepas. ansuran mesti tidak melebihi RM670.
maksudnya kelulusan pinjaman saya tu tidak diluluskan sepenuhnya atau saya cuma layak diberi pinjaman berdasarkan pengiraan kelayakan sahaja
salam tuan.
gaji hakiki rm1578.38 selepas potongan rm1440.38
layakka saya memohon pinjaman perumahan sebanyak rm195000
terima kasih
gaji hakiki, 1578, kelayakan 260k,
rumah 195k, anggaran ansuran bulanan lebih kurang 950..
60% dari gaji hakiki, 946
Boleh cuba..
Salam tuan
gaji hakiki saya rm1671.38,
selepas tolak semua potongan gaji kasar rm 1600
layakkah saya membuat pinjaman rumah sebanyak rm195000
tq
gaji hakiki, 1671 –> kelayakan RM260k
pinjaman 195k, anggarab ansuran Rm1000..
60% dari gaji hakiki, 1002.60
Gaji kasar berapa?
Boleh cuba..
Salam tuan.
gaji kasar rm1602..
layakka saya mohon.
semua potongan dlm slip gaji di ambil kira ke.
Saya nk bertanya kos guaman loan gomen berapa..tk termasuk snp la
bergantung pada harga rumah
salam..
gaji hakiki : rm3259
gaji kasar : rm4322
jumlah potongan tmasuk kwsp ; 1804
gaji bersih : rm2518
saya nak mohon loan rm350000
layakkan saya??? sebab sy akan pilih skim pencen dan potongan kwsp tidak akan lagi ditolak anggaran sy bermula Jun 2016 ini kerana saya genap 3 tahun…
Gaji hakiki RM3259, Had kelayakan RM400k
Loan RM350k, anggaran saya (ansuran bulanan RM1800)
60% dari RM3259, RM1955
60% dari RM2518, RM1510
jika selepas tiada tolak KWSP, lebih tinggi dari 1800, maka boleh lepas.
Mohon penjelasan..gaji pokok sy 2449.kelayakn pinjaman 32o k.sy nk beli rumah hrga 345 k.layak tak sy dpt pinjaman dgn ansuran bulanan 1585 .melebihi 60% dr gaji pokok.tp gaji kasar 2449+900 elauan .sy boleh tolak gaji tidak lebih 2009.di slip gaji ada potong kwsp shj.iaitu 37o.persoalan sy masih boleh dpt pinjaman atau terus pinjaman ditolak .
2449 gaji pokok, had kelayakan 320k.
60% gaji pokok, 1469.
60% dari gaji bersih, 1787
Tak lepas.
Salam Saudara Najib,
Sy dlm proses membeli kondo. Tidak pasti samada menggunakan gov loan, ataupun bank loan. Agen tidak menggalakkan sy menggunakan gov loan dgn alasan lambat. Dan utk mohon gov loan, perlu ciri2 rumah 3 bilik. Sy call & semak, dimaklumkan 2+1 bilik boleh lulus [tak sure betul ke x]. Bagi pandangan saudara, sebagai penjawat awam, adakah rugi sekiranya sy tidak mengambil gov loan atau bank loan tidak seteruk yg digambar? Adakah satu kerugian sekiranya sy ambil bank loan, diluluskan dan kemudian menukar kepada gov loan. Kelayakan sy Rm350,000.00 berdasarkan gaji terkini sy. TQ.
Saya lebih mencadangan agar government loan di gunakan untuk membeli rumah duduk sendiri.
Gaji pokok Rm2887
Gaji Kasar Rm4005
Potongan.Gaji RM1600
Saya ingin membeli rumah berharga RM261K, Umur 26 tahun.
Saya nak bertanya lepas ke loan government saya ni..
Saya sedang menunggu dokumen.untuk ketia jabatan luluskan. tiada komitmen lain..
gaji pokok, 2887, had kelayakan RM350k
Rumah hendak dibeli 261k, anggaran installment 1400.
60% gaji pokok, 1732
60% dau gaji bersih, 1443
Lepas.
slm tuan,
sy ada sedikit pertanyaan.sy ada membuat gov loan utk membeli sebuah rumah yang sedang dibina.loan sudah pun diluluskan.bolehkah sekiranya saya membatalkan pembelian tersebut?
Sila berurusan dengan Lembaga Pinjaman Perumahan.
Slm…adakah perlu sy byr 3% dr hrga rumah dan deposit pd agen atau byr n lain2 sdngkan sy nk gn loan kerjaan.dan klu btl ,wang yg sy dh byr tu boleh claim ke tp dgn siape,dan mcmana?.utk makluman rumah yg sy nak bli tu rumah baru tp ats tgn owner..
3% kepada agen. Agen akan bertindak dengan sewajarkan mengikut arahan owner. Tuan tidak perlu risau jika bayaran dibuat ke atas nama agensi hartanah agen tersebut.
Assalam..nak tnya adakah saya perlu membayar legal fees dan stamp duty utk loan agreement sekiranya membuat pinjaman perumahan kerajaan?? Pemaju hanya memberi zero cost utk SnP agreement shj.
Perlu.
Assalamualaikum…mohon pencerahan
gaji pokok = 1609.83
gaji pokok +elaun = 2404.83
potongan = 943.67
Gaji bersih 1461.16
layakkah saya memohon pinjaman perumahan 119k?
Gaji pokok RM1609.83, Had Kelayakan RM260k
60% dari gaji hakiki, RM965
60% dari gaji kasar, RM1442
pinjaman 119K, installment RM600,anda layak untuk buat pinjaman.
Assalamualaikum…mohon pencerahan
Gaji Pokok = 1796.82
Gaji Pokok + Elaun = 2511.82
Potongan = 868.23
Gaji bersih 1643.59
Layakkah saya memohon pinjaman perumahan 170K??
Saya check dgn calculator pinjaman mcm layak.
Tq Tuan.
1796 gaji pokok, had kelayakan 260k
60% gaji pokok, 1077
60% gaji bersih, 985
170k, anggaran installment 850. Pengiraan kasar layak
Assalamualaikum…
gaji pokok = 1671.38
gaji pokok +elaun = 2420.66
potongan = 818
Gaji bersih 1602.66
adakah saya layak membuat pinjaman rm 195k
terima kasih
gaji pokok, 1671, had kelayakan 260k
60% gaji pokok, 1002
60% gai bersih, 961
195k, installment 1000. Pada border line. Sila berurusan dengan Lembaga Pinjaman Perumahan.
Salam tuan,
Kelayakan loan sy dan suami adalah rm260k seorang.saya ingin beli rumah berharga rm395k.berapa kah monthly installment yg perlu kami bayar?
Puan boleh buat pengiraan di sini –> http://bpp.etiqa.com.my/index.php?tpt=bpp&act=takaful&ch=pinjaman&pg=pg_takaful_mpr_pengiraan
Lee
Selamat sejahtera, Tuan Najib Mohamed
Saya dan suami saya pokok gaji : 3600.00
Kami sedang bayar housing loan RM 80K mulai 2002 hingga tahun 2015 masih hutang bank baki 70K. Bolehkah kami meminta bantuan pinjaman kerajaan ?
Bagaimanakah caranya untuk dapat borang permohonan?
Boleh tidak menjadi masalah.
Boleh membuat permohonan melalui https://sppb.lppsa.gov.my/v2/
As Salam,
Sya ingin membuat loan gov…
Gji Potok 1600.++ potongn 900.++ total gaji Kasar 2400.00
Sya nk sign snp xlma lg,harga rumah 260k Dan nk buat join loan dgn suami yg gaji pokoknya 1500.++ ptongan cmpur kuarters skrg 1000 total gji 2200.++
Adakah lepas permohonan loan kami Dan berapa yg boleh kami pinjam bg meluluskan permohonan loan
Boleh k kami pinjam lebih dari harga rumah contohnya rumah 260k nk pinjam 280k?
Lebih baik berurusan terus dengan Lembaga Pinjaman Perumahan.
Assalamualaikum…mohon pencerahan
Gaji Pokok = 1125.57
Gaji Pokok + Elaun = 1950.57
Potongan = 1069.91
Gaji bersih 880.66
Layakkah saya memohon pinjaman perumahan 90K??
adakah saya layak membuat pinjaman kerajaan tuan
terima kasih
Tuan.
Gaji pokok 1125, Had kelayakan 150k,
60% gaji pokok, RM675
60% gaji bersih, RM528
Boleh buat pinjaman kerajaan..
salam tuan.
saya buat combine loan dengan wife untuk beli rumah dalam pembinaan harga RM775+++( Before bumi discount 7%). (After bumi discount RM721+++) .
Pemaju candangkan sy buat gov loan RM 775+++. dan Sign S&P harga RM775+++.
soalan saya:
1) RM 54+++ akan dapat kepada siapa? dan bgaimana pembayaran?
2) yang mana lagi untung, RM775+++ atau RM721+++ ?
1) 54k akan dapat kepada pembeli setelah loan fully disburst. Lawyer akan uruskan
2) dua2 ada pro n cons.. 775k, akan dapat cash out.. boleh tampung kos renovasi etc.. 721k, installament bulanan lebih rendah
Assalamualaikum..tuan najib..sy adalah bekas pasukan beruniform sy ada membuat loan kerajaan utk membeli rumah tetapi sekarang sy telah berhenti dari pasukan beruniform atas sebab tertentu..masalah sekarang saya tidak lagi dapat membayar rumah yang saya beli itu..utk makluman tuan rumah yg sy beli itu hanya nama sy seorang tiada nama bersama isteri sy..jd sekarang boleh x klo sy nk jual rumah itu kpd isteri sy kerna sy tiada kemampuan utk membayarnya…sy xmau jual rumah pd org luar sbb skg ni rumah sukar nk dapat dgn harga yg terkini mmg xmampu..jd bagaimana cara dan prosuder utk sy menjual rumah itu kpd isteri sy..mohon tuan beri penjelasan supaya cepat sy dpt uruskan..terima kasih
Adakah isteri abby bekerja? ada pendapatan tetap? ada komitmen di bank?
Salam tuan, sy nk tny.. sy ada mohon loan rm314k.. sepatutnya.. tapi dlm slip resit pembayaran ditulis sbyk rm325k.. bila sy tny peguam, katanya tu urusan dgn pihak bpp.. btol ke?
ye betul. sila berurusan dengan pihak LPP
Assalamualaikum…sy ada beli rumah..dan loan dah lulus…
Mungkin dalam tahun ini akan dapat kunci rumah…
sy seorang kakitangan kerajaan dan loan rumah loan kerajaan…
mohon penjelasan mengenai rebet loan rumah pertamaku…
terima kasih…..
rebat loan rumah pertamaku? saya tak pasti puan, ini skim yang mana..
salam
mohon penjelasan..
gaji pokok : 1910
gaji kasar : 2775
gaji bersih : 1847
lepas tak loan sy kalau nak beli rumah rm255k..
had kelayakan 260k
60% dari 1910 = 1146
60% dari gaji bersih 1108
255k, ansuran bulanan lebih kurang 1250… tipis untuk kelulusan, tapi tak salah mencuba
Assalamualaikum..
Permohonan LPPSA saya sudah diluluskan..
Jumlah yang dipohon=rm245k
Jumlah yang diluluskan=rm252k
Disini ada perbezaan jumlah sebanyak rm7k..jadi adakah ini dikira sebagai wang beza dan saya perlukah bayar rm7k tersebut?
Tidak perlu bayar lebihan tersebut.
Assalamualaikum..
Assalamualaikum…mohon pencerahan
Gaji Pokok = 1704.83
Gaji Pokok + Elaun = 2309.83
Potongan = 20.00
Gaji bersih 2289.83
Berapakah kelayakan saya? Layakkah saya memohon pinjaman perumahan 218K??
adakah saya layak membuat pinjaman kerajaan tuan
terima kasih
Tuan.
gaji pokok 1704, had kelayakan = 260k
60% dari gaji pokok, 1022
60% dari gaji bersih, 1373
loan 218k, installment anggraran ialah 1100… mengikut pengiraan sangat sepi2.. sila rujuk terus ke Lembaga Pinjaman Perumahan
Salam tuan,
Kami ada kekeliruan sedikit, utk gov loan..masih diambil kira gaji bersih atau gaji hakiki? Ikut syarat LPPSA gaji hakiki sahaja btl ke? Boleh minta bantuan tuan tengok kelayakan suami saya
Gaji pokok : 2922.79
Gaji pokok + elaun : 3682.79
Jumlah potongan : 1884
Gaji bersih : 1798.79
Kami berminat utk beli rumah 260k -270k. Sekiranya layak.
Terima kasih
salam. saya telah membeli rumah rm522k pada 23 may 2014 dengan loan maybank. bolehkah saya tukar loan bank kepada loan gov? gaji hakiki kini : rm4183.92. loan bank atas nama saya (isteri) dan suami kerja swasta. adakah saya layak?
dan apakah prosedur yang perlu saya rujuk.?
salam. saya telah membeli rumah rm522k pada 23 may 2014 dengan loan maybank. bolehkah saya tukar loan bank kepada loan gov? gaji hakiki kini : rm4183.92. rumah dibeli atas nama suami isteri .saya (isteri) bekerja kerajaan dan suami kerja swasta. adakah saya layak berdasarkan kelayakan pinjaman kerana bayar loan tersebut berkongsi dengan suami
?dan apakah prosedur yang perlu saya rujuk.?