Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan segala nikmat dan ujian. Semalam PM kita dah buat pengumuman macam-macam jenis pakej bantuan yang memberi bayangan, entah bila PKP kita akan berakhir.
Antara paling ramai tunggu adalah MORATORIUM (penanguhan) pinjaman balik. Lepas umum je, banyak post di media sosial oleh update dari rakan-rakan dan semua dengan pandangan masing-masing.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, bahawa moratorium ini sama seperti sebelumnya. Ia bukan tanpa faedah.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
Bagaimanapun, kata Zafrul, dia telah meminta bank untuk tidak mengenakan faedah berganda (compounded interest) atau caj denda lewat bayar ke atas pelanggan terbabit.
BACA Moratorium 2020: 6 bulan moratorium untuk pinjaman bank (kecuali baki kad kredit)
Ada yang kata; Gula-gula dari kerajaan la sebelum PRU, nilai pinjaman lebih banyak la, asyik untungkan bank saja la dan banyak lagi pendapat. Bila mana pendapat, teruskan dengan pendapat masing-masing. Raikan perbezaan.
Apa pun pendapat kita, saya percaya ramai harap sangat nak penangguhan pembayaran ini. Bayangkan pendapatan atau gaji berkurang 50% tapi komitmen bulanan masih kena bayar, tak pening kepala ke? Bagi yang tidak terjejas, ada pilihan hendak buat penangguhan atau tidak. Tetapi kalau yang terjejas, kemungkinan besar akan ambil. Ni kira short term plan.
Kesimpulannya, bergantung pada tujuan masing-masing. Ingat, bukan berkisarkan diri kita saja, mungkin orang sekeliling kita juga. Setiap orang dugaan, ujian dan rezekinya berbeza.
P/s: padangan dari seorang yang bukan pakar ekonomi, sekadar rakyat marhean yang terperuk di rumah ketika pemimpin melantak durian.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.