Hartanah Ketiga Margin 70% Sahaja?

Hartanah Ketiga Margin 70% Sahaja?

Hartanah Ketiga Margin 70% Sahaja?

Saya rasa semua orang tahu, untuk hartanah ketiga margin pinjaman hanya 70%. Tetapi ada juga yang masih ragu-ragu atas beberapa sebab.

#1 – Beli Hartanah Komersial

Beli hartanah komersial tidak dikira dalam kouta ini. Pembelian mengikut margin hartanah komersial atau pakej yang ditawarkan oleh bank. Jadi, jika pernah beli sebuah rumah kediaman dan satu hartanah komersial, pembelian kediaman seterusnya masih lagi dapat margin 90%.

AWAS! untuk pembeli serviced apartment, SOHO atau sama waktu dengannya, check terlebih dahulu, samada ianya komersial sahaja atau komersial + HDA (Housing Development Act) , jika dengan HDA, walaupun dibina di atas hartanah komersial, ia tertakluk untuk kediaman. Jadi, pinjaman akan ikut kuota rumah kediaman. Untuk hartanah ketiga, dikira 70% margin.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

#2 – Pinjaman bersama

Pinjaman bersama, ikut pada kuota peminjam. Contoh; Abu ada 2 rumah dan Aminah belum ada rumah. Jika pinjaman dibuat atas nama Abu, maka margin 70%. Jika dibuat atas nama Aminah, margin 90%. Tetapi jika membuat pinjaman bersama, margin hanya 70% sebab Abu sudah ada 2 rumah dan merupakan hartanah ketiga.

AWAS! untuk yang menjadi peminjam bersama. Walaupun hartanah tersebut bukan milik anda, bank akan melihat anda sudah mempunyai hartanah. Kerana bank hanya melihat pada rekod CCRIS bukannya berdasarkan SPA (Sales Purchase Agreement).

Saya nasihatkan, jika anda pasangan suami isteri dan berniat untuk melabur dalam hartanah, jangan buat pinjaman bersama. Walaupun anda sudah berjanji setia ‘ sehidup semati’ 🙂 Tapi jika tidak hiraukan untuk melabur nanti, tidak kisah.

#3 – Menjual rumah untuk mengurangkan kuota

Contoh; Abu menjual salah satu rumahnya dan baru selesai tandatangan SPA. Menggunakan SPA sebagai bukti pelupusan hartanah untuk memohon pinjaman hartanah baru. Dalam keadaan ini, boleh dan tidak boleh. Boleh, hanya dipakai di sesetengah bank seperti Public Bank dan HSBC. Tidak boleh, kerana dalam CCRIS masih tertera pinjaman tersebut dan kebanyakan bank hanya membenarkan apabila rumah yang dijual sudah keluar dari CCRIS

p/s: Jika anda suka property, jangan lupa like fanpage saya –> www.facebook.com/kakiproperty.my

kakiproperty

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

4 Comments

  1. zulkornain bin muhamad 19/12/2015
    • Najib Mohamed 09/03/2016
  2. najib 26/12/2015
    • Najib Mohamed 08/03/2016

Leave a Reply