Kes Tanah Lot bernilai RM7 Juta

Kecoh sebentar di dalam dunia hartanah apabila pendedahan di buat oleh Harian Metro , yang melaporkan 2 pemilik tanah lot bernilai RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Mangsa menyedari perkara ini apabila diberitahu oleh anak saudaranya dan mangsa melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Kronologi Kes

TARIKHPERKARA
September 2020Syarikat RMS ditawarkan penjualan dari ejen hartanah dan kemudian melantik ‘serveyor’ untuk membuat semakan carian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan mendapati semua teratur.

Pihak syarikat kemudian melantik peguam untuk urusan jual beli dan kemudian membuat permohonan pinjaman bank, anggaran nilai tanah berkenaan yang dinilai bank adalah RM4.4 juta.

Syarikat RMS juga sudah melawat tapak tanah berkenaan dan menghantar surat minat membeli (LOI) kepada penjual dan seterusnya melantik surveyor (juruukur).
10 Ogos 2021Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara.
12 Ogos 2021Mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
4 September 20215 individu termasuk peguam ditahan polis.
~5 September 2021Satu individu dibebaskan selepas tempoh remannya selama satu hari berakhir.
6 September 2021Mahkamah menolak permohonan reman tambahan terhadap tiga individu yang ditahan polis

Syarikat RMS membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana mengesyaki laporan polis yang dibuat penjual/ mangsa adalah palsu.
7 September 2021Seorang lagi dibebaskan kerana tempoh remannya selama empat hari akan berakhir.

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya mengesahkan hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara
8 Septermber 2021Syarikat RMS mendakwa membeli tanah berkenaan mengikut peraturan dan lunas undang-undang yang ditetapkan dan sehingga kini bayaran berhubung pembelian tanah berkenaan juga sudah habis dibayar oleh pihak syarikat
10 September 2021Polis masih menyiasat kes pertukaran hak milik lot tanah di tengah ibu kota ini milik dua beradik wanita yang bernilai RM7 juta.

Mula-mula disyaki ada tangan ghaib yang menguruskan pindah milik ini. Tapi bila periksa, tanah ini “fit to register’. Fit to register tu ada banyak syarat yang perlu dipatuhi sebelum pindahmilik boleh didaftarkan.

Jadi, untuk tanah ini semua urusan memang ikut prosedur termasuk borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

Wah makin complicated. Saya akan update post ini dari masa ke semasa.

Pengajaran dari kes Tanah Lot bernilai RM7 juta

Masa kes ini keluar, kecoh dan cepat jer orang awam menunding jari kata kerja orang dalam. Jangan cepat melatah. Kita perhatikan kes ini dan belajar dulu.

Kalau ada tanah, rajin-rajinlah periksa hartanah anda dan dinasihatkan buatlah carian SETIAP TAHUN supaya anda tak terkejut bila berlaku macam ini. Carian ada dua. Carian rasmi RM50. Carian persendirian RM30. Buat carian persendirian pun dah ok.

Manalah tahu, ada pembinaan haram, tanah sebelah dah membesar. Lebih pening lagi, ada orang, kaveatkan ke atau lebih teruk, tukar terus hakmilik.


Suka baca artikel seperti ini dan banyak lagi? Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog saya ini. Sebagai alternatif, ikuti saya di Telegram Channel di sini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply