Apa fungsi Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator dalam dunia ini?
Biasa orang panggil Ejen Hartanah. Senang ke kerja Ejen ni?
Sebelum sampai kepada banker, lawyer, pemaju, pejabat tanah, ianya bermula dengan ejen hartanah.
Owner yang banyak masa, sanggup susah payah dari awal, check value rumah, sanggup berhabis duit untuk iklankan hartanah mereka, sanggup angkat telefon berkali-kali layan persoalan prospek buyer, sanggup berkali-kali bawa prospek tengok rumah, sanggup filter kelayakan pinjaman setiap prospek, sanggup macam-macam tapi akhirnya tak jadi beli, mereka tidak kisah & tidak akan lantik ejen. Nak jimat katanya. Takpa, tiada paksaan untuk lantikan. Bagus untuk penjimatan.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.
TETAPI, owner yg tidak berkesempatan & lebih sukakan “hassle-free” atau malas nak pening-pening, mereka sanggup melantik ejen. Biar ejen hadap semua yang memeningkan tu, yang penting, rumah terjual dengan harga yang dikehendaki, walaupun perlu bayar agency fee.
Nak mudah, perlu bayaran. Nak jimat, perlu pengorbanan masa & tenaga.
Kenapa buyer atau pembeli merujuk kepada Ejen hartanah dalam pembelian rumah?
Saya tak letak “Perlu” atau “Wajib” sebab itu pilihan masing-masing. Tapi ejen sedia membantu dan cuba membantu.
“Pembeli suka beli direct dgn owner? Ejen ni tahu mark up harga je, suka menipu?”
Sedihnya dilabelkan begitu walaupun kita buat kerja prosedur yg betul. Tidak salahkan mereka, bak kata pepatah melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Ejen check value rumah, menasihati owner untuk tidak menjual ‘over market value’, cuba kirakan kelayakan pinjaman bakal pembeli supaya risiko pinjaman ditolak diminimumkan, cuba cari solusi utk pembeli miliki hartanah bersesuaian dengan keperluan mereka, cuba berunding harga dengan owner untuk capai ‘win-win situation’, sehabis baik sebagai pemudah cara.
Hati-hati, ada kes pembeli-pembeli yang saya jumpa meluahkan rasa ditipu, ingatkan dah selamat berurusan dengan kononnya owner, tetapi rupanya menyamar jadi owner, ada yg menyamar dia lawyer, menyamar ejen, menyamar macam-macam. Dah la Booking/deposit ribu-ribu hilang, rumah pun tak dapat.
Hati-hati. Jika memilih berurusan dengan ejen, pastikan dia berdaftar, pastikan agency nya berdaftar. Jangan gatal-gatal bank in booking fee ke personal account atau ke agency account yg tidak berdaftar.
Tolong jangan sentap bila ejen hartanah korek rahsia anda
Jangan SENTAP bila saya atau sahabat ejen lain bertanya kelayakan pinjaman anda sebelum view rumah. Ada sebabnya. Bukan sengaja nak sibuk-sibuk tanya kelayakan pinjaman anda. Siapa suka orang tanya kita “gaji berapa? komitmen berapa? Kan.. Tapi terpaksa tanya atas urusan pembelian/pinjaman.
Bukan suka-suka tanya apa tujuan pembelian anda, duduk sendiri atau pelaburan. Bukan suka-suka tanya “kerja area mana? Tak jauh ke rumah ke tempat kerja”?
Pertanyaan-pertanyaan di atas bukan bermaksud saya nak melemahkan keghairahan pembeli utk miliki rumah. Suka nak tahu keperluan pembeli, sebab cuba nak bagi khidmat yg terbaik, educate pembeli, bukan sekadar menjual.
Bayangkan…
Bayangkan anda di tempat owner atau penyewa rumah, jika berkali-kali view rumah sedangkan tidak layak membuat pinjaman. Kadang-kadang kita pun tak tahu secara kasar kita layak ke tak, sebab tu bagus untuk yang arif tolong kirakan secara kasar.
Bayangkan booking, tiba-tiba pinjaman tak lepas (tidak filter), owner akan kecam ejen tak buat kerja, tak filter buyer, ejen malas, ejen tak profesional. Bukan owner je, banker pun kecam ejen, semua ejen 🙁
Bayangkan jika anda buyer yang datang dari jauh-jauh, bawak orang tua, bawak baby, anak kecil, panas-panas view rumah yang mana secara terang-terang tidak lepas pinjaman nanti.. “kenapa awak tak bagitau awal-awal kena ada booking, awak kan ejen, patut kena inform, kirakan secara kasar utk kami, kan tu tugas ejen!!” 🙁
Saya jarang dikecam bila tanya kelayakan, tetapi pernah terjadi. Telan dengan senyuman. Lumrah. Saya sampaikan bagi semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli supaya faham 🙂
Kami menjalankan tugas demi kemaslahatan semua pihak. Begitu juga sahabat seperjuangan saya yang lain. Jangan kecam ejen, cuba memudahkan urusan.
Akhiri penulisan ini, tidak berniat mengguris hati sesiapa, sekadar menyampaikan.
====
Nota ini diambil dari status Facebook NoraHartanah a.k.a Sang Nora setelah mendapat keizinan beliau. Beliau ialah seorang ejen berjaya dan merupakan kawan sekelas saya :p Nak juga kredit untuk diri sendiri.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah.