Pembiayaan Semula Rumah Pada Tahun 2020?

Tahun 2020 Sesuai Untuk Pembiayaan Semula Rumah

Pembiayaan Semula rumah anda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

DAPATKAN EBOOK: TEKNIK POWER REFINANCE

Buat sesiapa yang ‘blur’ apa itu pembiayaan semula, mari kita ulangkaji sekejap.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Pembiayaan semula pinjaman rumah merujuk kepada penukaran pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah syarat dan terma yang berlainan. Dalam istilah biasa, fikirkannya seperti meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang anda dalam akaun pinjaman rumah anda yang sedia ada

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan 6 bulan moratorium kepada semua pinjaman kecuali kad kredit. Secara tak langsung, memberikan kita ruang untuk bernafas dalam menguruskan keadaan ekonomi keluarga yang terjejas.

Ramai yang bertanya kepada saya semasa PKP ini, adakah sekarang masa yang sesuai untuk buat pembiayaan semula rumah?

4 Sebab Mengapa Anda Boleh Mempertimbangkan Untuk Pembiayaan Semula Rumah Sekarang

Sebenarnya sekarang adalah waktu yang sesuai untuk merancang dan membiaya semula rumah anda. Di bawah ini, saya akan kongsikan 3 faktor yang penting mengapa anda perlu melakukan pembiayaan semula.

#1 – Kadar faedah yang rendah

Pada masa ini, kebanyakan bank telah menawarkan kadar faedah yang agak rendah dalam lingkungan 3.9 – 4.2%, berbanding dengan beberapa tahun lepas, kadar faedah di antara 4.5 – 5%.

Lebih mengukuhkan lagi dapatan saya, dalam tahun 2020 ini Bank Negara Malaysia (BNM) dah turunkan 2 kali Overnight Policy Rate (OPR) , Pada bulan Januari (2.75%) & Bulan Mac (2.5%).

SUMBER: OPR DECISION & STATEMENT BANK NEGARA MALAYSIA


source: tradingeconomics.com

Berikutan wabak COVID-19 yang kita hadapi sekarang dan kebimbangan kemelesetan ekonomi dunia, kemungkinan BNM akan menurunkan sekali OPR tidak lama kemudian.

Jadi rebutlah peluang ini. Anda tidak tahu, bila anda sangat memerlukan bantuan kewangan.

#2 – Cash is king

Pada masa sekarang Cash is King. Jikalau anda mempunyai hartanah pelaburan ataupun yang duduk sendiri, anda boleh mempertimbangkan untuk pembiayaan semula rumah tersebut bagi mendapatkan lebihan tunai.

Lebihan tunai yang diperolehi boleh disimpan untuk kecemasan.

Kita tidak dapat meneka apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Mungkin akan berhadapan potongan gaji, masalah kehilangan kerja atau syarikat anda bekerja ditutup. Pada masa itu kita perlukan wang kecemansa ini untuk perbelanjaan harian.

Kalau anda kehilangan kerja nanti, anda tidak lagi mempunyai penyata gaji dan penyata bank pun akan terganggu. Oleh sebab itu, bank tidak dapat meluluskan pembiayaan semula pinjaman rumah anda.

Jika anda masih lagi mempunyai hutang-hutang kecil yang perlu diselesaikan, buat bayaran seperti biasa dengan menggunakan kaedah snowball. Tak perlu untuk habiskan dengan menggunakan wang tunai hasil daripada pembiayaan semula.

#3 – Peluang ketika pasaran di bawah

Dalam keadaan ekonomi sekarang, dijangkakan pendapatan rakyat akan terjejas dan kegiatan jual beli pun akan menjadi berkurangan. Apabila ianya terjadi, para perniaga juga akan merasakan tempiasnya dan lama kelamaan perniagaan akan ditutup. Perniaga tidak mampu menanggung kos overhead dengan kekurangan hasil jualan.

Jika pada masa ini anda memiliki jumlah wang tunai yang banyak di tangan, anda mempunyai banyak peluang untuk melabur. Sebagai contoh beli saham yang berkualiti pada harga yang murah atau membeli hartanah subsales yang dijual dibawah harga pasaran sebanyak 30 hingga 50%.

BACA: 4 Sebab Beli Rumah Selepas COVID-19 Jika Anda Mampu

Cuba bayangkan jika anda tidak mempunyai modal, maka anda terpaksa melepaskan peluang keemasan yang bukan selalu kita jumpa.

#4 – Modal pusingan bagi perniagaan

Bagi yang berniaga, ini merupakan salah satu cara untuk menambahkan ‘buffer‘ dalam meneruskan operasi perniagaan anda. Saya percaya, Pakej Prihatin PKS yang diberikan oleh Perdana Menteri sedikit sebanyak dapat membantu kita bernafas dikala ekonomi yang tidak menentu ini.

Siapa lagi yang nak melabur ke dalam bisnes ketika ini, jika kita sebagai pemilik bisnes. Anda tahu sejauh mana bisnes anda boleh pergi dikala musim yang tidak menentu ini.

Usahawan-usahwan adalah satu kumpulan manusia yang tak mudah putus asa. Krisis COVID19 ni memang merupakan satu krisis yang dahsyat. Tiada sesiapa yg pernah melalui satu krisis sebegini.

Tetapi dalam keadaan krisis inilah bakal lahirnya pejuang-pejuang yang sebenar. Bakal lahirlah usahawan hebat yang akan kaya dan berjaya. Semoga sahabat-sahabat usahawan saya bakal menjadi insan-insan hebat dalam masyarakat!

#stayathome #stayhealty #padaAllahkitaberserah

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini listing jualan rumah. KAKIPROPERTY'S CHANNEL

Leave a Reply